Semangat itu datang kembali
Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Assalam'mualaikum
Setelah hampir sepuluh bulan saya biarkan ia bersawang tiba-tiba dapat semangat untuk mengupdate blog sendiri. Hehehehe tetiba je. Semuanya sebab jeles tengok blog rakan seopisku Netty Ah Hiyer yang sudah kembali mengaktifkan dirinya menulis blog.
Cerita pasal Netty teringat kisah kami dulu-dulu waktu baru beberapa tahun bergelar wartawan. Masa itu di ofis bukan main ramai yang menjual barang perniagaan. Ada yang jual nasi lemak, kerepek, buah-buahan dan baju pun ada.
Dah macam kat bazar pun ya. Saya dan Netty antara pembeli yang tegar. Satu hari kami sambil bergelak ketawa berbincang apa yang hendak kami jual memandangkan rakan lain semua ada barang jualan.
Tiba-tiba muncul idea lucu untuk menjual 'spenda'. Ntah hapa-hapa aje la kami ketika itu. Bukan apa masa tu sudah banyak barang lain yang dijual dan sebab mahukan kelainan kami memilih barang penting itu.
Tapi idea kami berlalu pergi begitu sahaja. Kalaulah kami serius mungkin hari ini kami sudah bergelar usahawan pakaian dalam. Sudah boleh diiklankan di media sosial yang banyak membantu usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan.
Apa pun saya redha, mungkin Allah SWT belum izinkan saya berniaga ketika itu. Tetapi sekarang saya boleh berbangga dengan hasil usaha bersama dua rakan kongsi, saya sudah punya perniagaan online sendiri yeay.....Alhamdulillah cotton gossip melengkapkan impian saya.
Nantikan update akan datang bagaimana wujudnya bisnes cotton gossip
Salam mesra
Mama Ita
Mama ita, memang agak 'gila' idea kita waktu itu kan? Macam2 kita nak buat. Alhamdulillah, kita dah temui kepakaran masing-masing. Semoga kita dipermurahkanNya dalam urusan di dunia mahupun di akhirat kelak.
ReplyDeleteSeronok tengok kawan2 kembali bersemangat berblogging...