Posts

Showing posts with the label Catatan Harian

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Image
Assalam'mualaikum  Sekarang ni curi-curi masa sangat nak tulis blog. Maklumlah beranak kecik memang payah sikit nak mengadap tablet. Malam ni kebetulan sangat si kecik tidur awal jadi bolehlah mak bersantai jap. Tapi jangan tak percaya, sambil jari menaip sambil saya mengepam susu. Gigih kan 😄. Cerita pasal pam susu teringat kisah di surau hari ini. Saya ditegur oleh seorang teman sepejabat yang sama lebih kurang tarikh bersalinnya dengan saya tahun lepas. Dia bertanya berapa kali saya pam susu sehari. Saya kata tiga kali di ofis dan dua kali di rumah. Wah terkejut dia sebab katanya dia hanya mengepam sekali saja. Wah saya pula terkejut.  Kata kawan saya lagi, dia pam tak tentu masa. Saya apa lagi terus 'menurunkan' ilmu pentingnya konsisten dengan masa mengepam kita untuk membolehkan susu terus dikeluarkan oleh kilang pengeluaran.  Sebenarnya ilmu tu pun saya baru tahu masa sibuk mengumpul stok susu ibu waktu berpantang hari itu. Hihihi dah anak ketiga baru nak tahu. Ta...

Kisah RM2 Dan Takut Allah

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi peribadi            Aiman, ketika mengikut Smart Solat Camp ketika cuti sekolah tahun lalu. Ini kisah semalam. Saya tersenyum saat mendengar cerita Aiman sebaik pulang sekolah semalam. Dalam hati saya bersyukur kepada Yang Maha Esa. Saya perasan sejak kakaknya masuk asrama dan dia keseorangan, banyak perkara positif yang dikongsi dan ditunjukkan. Faktor tiada teman bergaduh mungkin membuatkan dia kurang menimbulkan hal. Alhamdulillah. “Mama, tadi kat sekolah agama, Aiman jumpa duit dua ringgit!” dia memulakan cerita sebaik masuk ke dalam kereta. “Aiman jumpa kat tangga sekolah agama. Aiman ambik nak bagi ustaz,” sambungnya macam tak sabar nak memberitahu. “Bila Aiman bagi kat ustaz, ustaz suruh letak balik kat tempat yang jumpa tu.” Saya pula berdebar menanti apakah yang dia buat dengan duit RM2 itu. “Aiman masuk balik dalam poket, lepas tu p...

Wakafkan Anak Ke Jalan Allah

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal  - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera phone "Krik krik, krik krik." Itu dialog kegemaran Alya apabila dia buat lawak tetapi orang lain tak ketawa. Akhirnya dia ketawa sendiri. Oleh kerana lucu mendengar dia bersungguh ketawa, akhirnya kami pun ketawa. Tapi malam ini rumah terasa sunyi sangat. Tiada lagi lawak jenakanya, tiada lagi adegan dia menyakat si adik, tiada lagi ketawa riangnya sambil menonton video youtube Bethany Mota kesukaan dan pelbagai lagi aksinya yang menceriakan rumah. Aiman yang selalu menjadi mangsa buli si kakak pun menangis kerana terlalu rindu kepada si kakak. Padahal kalau ikutkan masa, baru sahaja beberapa jam kami berpisah. Namun rindu saya sudah membuak-buak kepadanya. Kami korbankan segalanya demi mencari keredhaan Allah. Menghantarnya masuk ke asrama maahad tahfiz bagaikan satu rahmat buat kami sekeluarga tetapi dalam masa yang sama kami perlu korbankan masa bersama...

Be Good Miss Arrogant!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Kamera Handphone Samsung Kepada yang ada anak perempuan, pernah tak dengar cerita kawan-kawan anak anda? Cerita tentang pergaduhan dengan  kawan si anu atau juga kisah tak kawan dengan si A atau sentap dengan si B. Hishhh....macam-macam cerita mereka ni. Saya selalu bersembang dengan Alya sebelum tidur. Itu antara rutin kami sejak anak meningkat remaja. Bak kata Alya we need   girls talk Ma . Dia nak share cerita kawan-kawannya. Malam tadi dia cerita tentang seorang kawannya. Saya memang biasa dengar nama budak perempuan tu sejak Alya darjah satu lagi. Kebelakangan ini dia asyik memuji si A. Saya agak dia sangat mengagumi kawannya itu. Bila ditengok memang kawannya itu kelihatan sempurna. Cantik, pandai, fasih berbahasa Inggeris slang Amerika lagi... fashionable hmmm...apa lagi ye? Oh lupa, kaya juga. What a perfect package to a teenagers girl! Mungkin di mata Alya, kawannya itu sangat bertuah kerana memilik...

Cook With Iman

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad Hidangan makan malam hari ini yang simple tapi tak habis-habis dipuji suami dan anak-anak. Terus bikin mama kembang setaman. Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan hari ini. "Jangan nak ngade sangatlah Ita. Sakit sikit je pun," bisik saya dalam hati. Sakit ni kalau dilayan memang menjadi-jadi nanti.  Anak-anak mengadu kelaparan tetapi baik hati mengaku tidak lapar pula apabila melihat mama kesakitan.  En.suami sudah bergegas keluar kerana urusan bisnes usai solat maghrib. Pesannya supaya saya bawa anak-anak pergi makan di kedai depan rumah tetapi saya pula yang tak lalu. Saya bingkas bangun dari katil sambil meluruskan tangan kanan yang sengal-sengal. "Mama tak pelah. Rehat je, kita orang tak lapar sangat. Kita orang makan biskut je. Kesian mama sakit tangan," kata Alya. Tak sampai hati pula melihat mata mereka yang bulat meme...

Bumi Allah Sangat Luas Wahai Anakku

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Malam tadi saya sibuk 'packing' pakaian untuk 'outstation'. Tapi bukan untuk saya. Untuk anak-anak yang nak pergi bercuti bersama Pak mereka (panggilan anak-anak untuk pak sedara mereka iaitu adik lelaki saya). Ajakan daripada Emi (adik ipar) untuk membawa Alya dan Aiman serta seorang lagi anak saudara ke Kelantan memang tidak dirancang. Memandangkan saya sibuk dengan event Mini Fiesta Pa&Ma maka saya hargai pelawaan tersebut. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka mengikut atuk nenek atau ibu/bapa saudara yang hendak membawa mereka berjalan tanpa ibu bapa di sisi kerana bimbang keselamatan dan sebagainya. Tetapi saya benarkan anak-anak mengikut Pak mereka supaya mereka belajar berdikari apabila berjauhan daripada Mama dan Baba seketika. Kadang kala mereka perlu diberi peluang untuk belajar bertanggungjawab dan berdikari. Sebenarnya saya mula biasakan Alya berjauhan dengan saya...

Aku Berkorban Keranamu Ya Allah

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Sendiri dan ihsan Kak Mirie Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana hari ni saya berjaya melaksanakan ibadah qurban. Selama hidup hampir 40 tahun, inilah kali pertama saya buat ibadah qurban. Terukkan saya! Saya sedih dengan diri sendiri. Selama ini Allah bagi nikmat rezeki, saya rasa masih  tak cukup untuk buat ibadah qurban. Saya biarkan sambutan Aidil Adha berlalu tanpa makna sebenar dalam diri saya.    Astagfirullahal 'adzim “Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung." Masa hendak buat keputusan untuk join ibadah qurban di ofis pun, saya berperang dengan diri sendiri. Antara hendak buat qurban atau tak payah. Dalam hati berkira-kira dengan duit yang ada konon hendak guna shopping handbag baru. "Tak habis-habs ke nak beli beg baru Hasnita oiiiii," kata hati saya. "Ala tapi dah lama tak shopping designer handbag ," suara hati jahat masih lagi menghasut.  Da...

Kerisauan Seorang Ibu

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Surah Al-Luqman ayat 13 Bismillahirrohmanirrohim~ [Ayat 13]   Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Semakin hari kerisauan semakin menebal. Kerisauan yang bertamu tidak pernah surut. Mungkin itu naluri semulajadi seorang ibu yang Allah SWT kurniakan. Sewaktu menjawab soalan seorang ibu di wall facebook Pa&Ma saya memahami perasaannya. Dia risau bayi sulungnya yang berusia setahun sembilan bulan masih belum pandai bercakap serta malas hendak menyebut mama atau ayah.  Seorang ibu tidak akan berhenti berasa risau biarpun si anak sudah dewasa dan bersuami kelak. Ceritanya begini, anak sulung saya Alya baru dihadiahkn smart phone daripada Babanya. Ia sebagai menepati janji yang En.suami buat tahun lepas sekiranya di...

Bagaikan Lipas Kudung

Image
Bunyi alarm telefon bimbit En. Suami terdengar mendayu-dayu sekali. Irama ketukan piano lagu A Thousand Years dendangan  Christina Perri memang sedap dinikmati. Mata yang terpejam seolah-olah terus rasa terbuai dengan alunan muzik tersebut apatah lagi dalam cuaca dingin selepas hujan turun dengan lebatnya lewat malam semalam. “ Astagfirullahal ‘adzim ,” saya beristigfar. Sudahlah telinga dibiarkan mendengar alunan muzik barat, sempat pula dalam hati turut menyanyi irama lagu tersebut.   Sepatutnya ucapan Alhamdulillah yang patut saya ucapkan kerana DIA mengembalikan saya semula dalam kehidupan selepas dimatikan saya seketika.   “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.” Oh hari ini sudah hari Isnin. Bermula kembali rutin biasa seorang ibu berkerjaya. Kesibukan mengejar masa bermula seawal pagi sehingga malam adalah rutin biasa ibu berkerjaya. Membina kerjaya di bandaraya memerlukan ibu bertindak pantas...

Semua Atas Izin DariNYA

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Syukur Alhamdulillah. Semuanya dengan izin dariNya. DIA yang melorongkan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Saat detik mencatat entri ini saya masih teruja kerana akhirnya cita-cita untuk menyertai pasukan pengasas kelas asas penulisan dan blog Masayu Ahmad dan guru online baru NettyAh Hiyer dipermudahkan. Amin... Kerja menulis sudah menjadi darah daging saya sejak 14 tahun yang lalu. Bermacam ilmu dan pengalaman menjadi sebahagian daripada diri saya. Tidak pernah terfikir hendak berkongsinya dengan orang lain. Tapi semuanya berubah apabila mendengar nasihat cikgu Ayu dan tentunya apabila pintu hati dibuka oleh Sang Pencipta. Katanya rugi kemahiran menulis kita tidak digunakan dengan sebaiknya. Jika kena gaya, catatan harian juga boleh nampak menarik dan pastinya ilmu yang dikongsi akan mendapat pahala berpanjangan selagi mana ia terus dikongsi. In shaa ALLAH. Tiada lagi alasan ...