Berbahagi tugas itu lebih baik
Assalam'mualaikum
Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Malam semalam badan saya terasa sengal dan
sakit belakang mula menjenguk ‘manja’ semula. Letih semacam dibuatnya. Untuk
kesekian kali, saya tidur malam seawal jam 10.20 malam. Wow!
Biasanya kalau tak tepat 12 tengah malam
tidur memang bukan sayalah. Dah macam Cinderella pun ada. Ada sahaja tugasan
yang belum beres.
Pernah tak anda semua mengeluh kerana
kepenatan? Haa tipu kalau tak pernah mengeluh. Walaupun kita berusaha sebaiknya
untuk sentiasa redha dengan tanggungjawab sebagai ibu tetapi kita juga manusia
biasa kan. Kadang-kadang mengomel jugak kan.
Ala mengeluh manja-manja dengan en suami
je. Dengan siapa lagi kita nak mengadu
kalau bukan si dia tersayang. Harap-harap dapatlah simpati kan.
Sebagai ibu berkerjaya yang sangat sibuk
(sibuk la sangat) huluran bantuan amat-amat dihargai. Bagi yang ada pembantu
rumah, memang bertuah la badan tapi bagi yang tiada…huhuhu diri sendiri lah
pembantu rumah.
Saya percaya kepada konsep ‘sharing is
caring’. Bukankah kerukunan rumah tangga itu terbina hasil daripada perjanjian
sepasang suami isteri untuk saling tolong-menolong dan bekerjsama.
Berbahagi tugaslah bersama pasangan kita
terutama jika kita adalah ibu berkerjaya.
Saya masih ingat pesan mak saya semasa di awal perkahwinan. Katanya kalau suami jenis ringan tulang, biarkan sahaja dia membantu kita. Tetapi kalau suami jenis yang tidak biasa membuat kerja rumah, ajaklah dia bersama-sama menolong.
Dalam kes ini, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat ringan
tulang. Bukannya kami membuat perjanjian secara bertulis tetapi ia terhasil daripada
persefahaman dan saling kasihan antara satu sama lain. Oh so sweet… :)
Dulu semasa awal berkahwin, saya sukar
percaya dengana kerja orang lain. Disebabkan hal tersebut, saya sanggup
berpenat lelah menyiapkan semua tugasan rumah tangga walaupun ditawarkan
bantuan oleh en suami.
Kononnya masa tu saya lebih suka buat
sendiri tetapi semakin bertambah usia, saya bersikap lebih terbuka untuk
menerima bantuan dari luar (dasar buka pintu la konon).
Misalnya tugas melipat
pakaian. Dulu saya memang pantang kalau orang melipat pakaian secara tidak
seragam. Memang ‘quality control’ saya sangat tinggi dalam bab melipat pakaian.
Tetapi akhirnya saya tewas apabila
kepenatan melebihi keupayaan. Saya terima juga tawaran bantuan daripada en
suami. Awalnya saya telan air liur melihat hasil kerja en suami. Tetapi saya
cuba belajar terima seadanya usaha beliau. Hmmm….sabar jelah kan.
Jangan lupa puji hasil usaha beliau itu.
Bukan senang tau orang lelaki hendak melipat ‘segunung’ pakaian di rumah.
Memang tabik spring la kat en suami.
Bak kata pepatah Inggeris, ‘practice make
perfect’, sekarang tugas melipat pakaian secara rasmi digalas oleh en suami dengan hebatnya.
Haaaa dah kurang bebanan tugas saya di rumah. Syukur sangat tau.
Bukan tugas
melipat pakaian sahaja dia terror. Tugas menyapu sampah, mengemop lantai,
mengelap kipas angin, membuang sampah dan banyak lagi adalah kepakarannya.
Pelajarannya di sini ialah, marilah saling
tolong-menolong. Janganlah berlagak tidak mahu menerima bantuan orang lain.
Belajarlah terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Jodoh kita yang
diaturkan oleh ALLAH SWT itu adalah yang terbaik untuk kita.
Salam manja
Mama ita
wow kak ita, bestnya. sumber inspirasi wanita bekerja ni.
ReplyDeleteHehehe...I like sangat quote "Sharing is caring". What is yours is mine, what is mine is mine. Hahahaha...
ReplyDeletePesanan untuk diri sendiri juga, kalau org dah dgn rela menolong, jgn nak ngada-ngada komplen itu dan ini. Cari nahas namanya. Terimalah seadanya walaupun baju yang dilipat tu jika disusun meninggi umpama bangunan dilanda gempa bumi :D
hahaha bukan shj tinggi bangunannya tp tk rata konkritnya...apa pun syukur Alhamdulillah :D
Delete