Demam Kacang Cerdik Melanda

Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Foto : Koleksi Peribadi 


Saya dan kawan-kawan seopis punya ‘port’ makan yang sangat meriah. Biasanya meja mak buyong Wani (wartawan cantik majalah Keluarga) yang menjadi mangsa. Entah kenapa meja dia yang paling syok sekali untuk lepak makan. Mujur Wani tak kisah mejanya dijadikan meja makan. Hehehe tima kasih Wani.

Bertambah meriah apabila anggota geng makan ini majoritinya di kalangan mak buyong. Jadi sudah pasti selera makan mereka yang ‘luar biasa’ dibandingkan dengan orang lain memeriahkan lagi acara. Antara makanan popular yang sering dikudap oleh mak-mak buyong ini termasuklah mereka yang tak membuyong sebab terikut-ikut adalah kacang cerdik.

Menurut mereka waktu mengandung elok makan kacang cerdik, nanti boleh dapat anak cerdik. Ok siapa tak nak anak yang cerdik kan. Betul tak? Saya setuju sebab pernah menemubual (masa buat artikel tentang Rangsangan Otak Untuk Bayi dalam Pa&Ma dulu) pakar perkembangan anak, ada menyebut pemakanan ibu semasa mengandung membantu pembentukan otak anak yang cerdas.

Kacang cerdik atau nama saintifiknya kacang pistachio antara makanan yang tergolong dalam kelompok makanan genius untuk otak. Sebab apa ye? Sebab kacang ni kaya dengan nilai protein yang tinggi.

Hmmm saya yang tak mengandung pun apa salahnya makan kacang cerdik jugak kan. Mana tau boleh tajamkan fikiran yang agak-agak dah lemau akibat faktor usia ni. Eh..boleh ke. Tak kisahlah yang penting kacang cerdik ni memang sedap dimakan.

Terima kasihlah saya ucapkan kepada Emi (pun wartawan majalah Keluarga) jiran meja opis saya yang juga mak buyong, kerana membenarkan saya merasa bekalan kacang cerdik di atas mejanya itu. Hehe…

Nak tahu apa khasiat yang ada dalam kacang cerdik ni? Hasil pencarian di en.google, inilah yang saya temui. Jomlah kita baca, buat tambah ilmu..

1. Kaya dengan zat besi dan serat yang membantu sistem perncernaan badan.

2.Kaya dengan sumber lemak yang menurunkan kadar kolestrol’ jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolestrol’ baik’ HDL

3.Kaya dengan anti oksida yang mampu melindungi sel daripada kerosakan bahan kimia berbahaya yang disebut radikal bebas.

4. Kaya dengan potasium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda.

5.Kaya dengan fitoterol yang membantu menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung.


Hmm...semuanya kaya. Memang kayalah sapa yang makan kacang ni sebab harganya pun agak mahal. 

Inilah rupa kacang cerdik di meja Emi Keluarga


Salam ceria

Mama ita


Comments

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Opsss....Saya Sedia Membantu