Teknik Menghafaz Surah Al-Quran

Assalam'mualaikum

Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Foto: Google image

Ajarlah anak membaca Al-Quran kerana Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk dua minggu cuti sekolah hampir berlalu. Mesti ramai yang dah bersuka ria bercuti dengan anak-anak. Siapa tidak suka kalau dapat bawa anak-anak bercuti melihat dunia indah ciptaan Ilahi. Betul tak?

Tetapi bukan semua orang berpeluang membawa anak-anak bercuti semasa musim cuti sekolah. Faktor masa, tugasan kerja dan mungkin juga kewangan dan keizinan Allah sudah tentunya memainkan peranan menjayakan rancangan tersebut.

Eh, apa yang saya merepek ni? Bukan nak cerita pasal tempat percutian tapi saya nak cerita tentang aktiviti semasa cuti sekolah. Sebenarnya daripada awal lagi saya sudah merancang sesuatu untuk anak-anak. 

Saya mencari program menghafaz al-Quran sebagai salah satu cara pengisian musim cuti sekolah mereka. Alhamdulillah niat dan pencarian saya dipermudahkan Allah Taala. Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya ada menganjurkan program yang saya cari. 

Walaupun program Huffaz dan amali yang dianjurkan oleh masjid hanya untuk tempoh masa lapan hari sahaja dan tidak memenuhi ekspektasi saya yang mahu program tersebut untuk tempoh masa sebulan (barulah terisi cuti mereka dengan aktiviti bermanfaat) tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga program hafazan yang disertai.

Semalam merupakan hari pertama Alya dan Aiman memulakan program. Sebaik pulang dari kerja saya tak sabar mendengar cerita mereka. 

"Macam mana kelas mengaji hari ni Alya?" sapa saya sebaik melangkah masuk ke rumah.

"Ok Ma," jawabnya dalam nada lesu kerana batuk teruk akibat penyakit asmanya datang menyerang.

"Hari ni kita orang kena hafal surah Al-Balad," beritahunya lagi.

"Alhamdulillah bagusnya anak-anak mama ni," puji saya untuk menaikkan semangat mereka.

"Ustaz kata kita orang kena hafal lapan surah. Aiman dah hafal 10 ayat surah Al-Balad Ma," beritahu Aiman pula.

"Ok good! Cepatnya Aiman dah hafal. Nanti malam Mama tolong tasmikkan ye," saya terus menawarkan diri membantu mereka tasmik surah tersebut.

"Ustaz ajar teknik hafal surah supaya kita boleh hafal lebih cepat. Mula-mula baca satu ayat lepas tu ulang banyak kali. Kalau dah ulang sampai 20 kali masih tak ingat, Ustaz suruh selawat 11 kali, istighfar 10 kali, lepas tu ambil wuduk," Aiman berkongsi ilmu baru yang dia pelajari.

"Oh macam tu ye? Nanti Mama pun nak buatlah," saya tertarik dengan kaedah hafalan yang diajar Ustaz mereka.

Melihat keadaan kesihatan Alya yang teruk, saya tidak berharap yang dia mampu memberi fokus kepada hafalannya. Hari ni pun dia hanya sempat mengikut kelas separuh hari sahaja. En.suami menjemputnya awal kerana dia kepenatan diserang asma.

"Alya macam mana, dah hafal ke surah Al-Balad semalam?" tanya saya.

"Dah. Alya dah hafal semua 20 ayat surah Al-Balad depan Ustaz. Ustaz kata ok," beritahunya jujur.

"Wah cepatnya Alya hafal. Mama tahu kalau fokus mesti Alya boleh buat. Alhamdulillah dan tahniah. Nanti terus amalkan baca surah tu biar tak lupa ye," saya berikan pujian dan galakan.

"Ok Ma."

Doa saya semoga anak-anak istiqomah mempraktiskan ilmu hafazan yang mereka pelajari sampai bila-bila. Semoga ayat-ayat al-Quran yang memenuhi dada mereka mampu menjadi benteng kuat melalui kehidupan penuh cabaran ini.

Semoga perjalanan pertama ini menjadi pembuka jalan Allah SWT memudahkan impian Alya dan Aiman mengejar cita-cita bergelar Hafiz dan Hafizoh satu hari nanti. In sha Allah. Amin...Ya Rabbal'alamin.

Wallahua'lam

Mama Ita








Comments

  1. Astarfirullah,saya tertaik dgn cara2 ustaz aiman :)...mama yg bagus :) alhamdulillah,skarg sya kene hafal surh al blad,utk exm esk,sya bru igt 14 ayat,in sha ALLAH saya akn cuba buat sperti ustaz aiman ckp :) assalamualaikum

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Kerisauan Seorang Ibu