Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?


Sapa suka makan pedas?  Kalau takde makanan pedas rasa tak selera je nak makan. Alahai tawar je rasa kan? Rasanya rata-rata orang Malaysia terutama orang Melayu memang kaki pedas.

Tak sah makan nasi kalau tak ada sambal belacan, pergi makan kat kedai atau restoran pun tetap mintak sambal belacan. Menu ayam penyet yang dimakan dengan sambal pedas berapi pun orang sanggup beratur panjang. Teringat-ingat rasa pedas menyengat sampai keluar peluh dan air hingus tapi tetap nak teruskan makan.

Ramai orang kata tak elok amalkan makan pedas banyak sangat tapi sebenarnya ada kajian saintifik yang dibuat oleh pengkaji di barat mengatakan makan pedas boleh bantu turunkan berat badan. Wah, seriuslah!

Mengikut apa yang saya baca di website ini, terdapat beberapa kajian saintifik yang diterbitkan mengaitkan hot chilli peppers atau cabai ataupun cili dengan penurunan berat badan.

"Capsaicinoids adalah sekumpulan bahan kimia yang terdapat secara semula jadi dalam cili," jelas pakar pemakanan Emma Derbyshire.

"Mereka mempunyai sifat yang dapat membantu menyokong pengurusan berat badan."

Derbyshire memberitahu walaupun tubuh badan setiap orang memberikan reaksi yang berbeza-beza terhadap rempah, tetapi penyelidikan menunjukkan yang "Pengambilan capsaicin setiap hari mungkin menyumbang kepada penurunan berat badan melalui pengurangan pengambilan tenaga."

Katanya, bila makan makanan pedas ia akan berpotensi membuatkan orang itu nak makan kurang kalori daripada yang sebenarnya dia hendak. Ini boleh menjadi sebab utama kenapa makanan pedas kadangkala dikaitkan dengan penurunan berat badan.

Wah, menarik betul hasil kajian tentang makan pedas boleh turunkan berat badan! Nampaknya lepas ni siapa yang tak suka makan pedas pun akan try hard untuk makan pedas kan? Bagaimanapun bagi yang hendak turunkan berat badan, korang tetap kena rajin bersenam dan kawal pemakanan tau. Jangan hanya berharap pada makan makanan pedas je disebabkan ikut 'bulat-bulat' hasil kajian oleh penyelidik tu.

Orang makan pedas lebih berani?

Sesetengah orang kata, gemar makan makanan pedas pun boleh menggambarkan karektor seseorang. Tapi ini bukanlah kajian yang dibuat oleh penyelidik. Ia sekadar pemerhatian pada perwatakan seseorang sahaja.

Dikatakan orang yang gemar makan makanan pedas mempunyai persamaan karektor seperti berikut:

1.Seorang yang adventurous sebab sentiasa bersedia mengambil risiko atau mencuba kaedah, idea atau pengalaman baru dalam hidup. Dengan kata lain orang suka makan pedas ni memang berani mencuba sesuatu yang baru walaupun tahu apa yang dicuba itu mungkin akan memberikannya risiko. Samalah macam makan makanan pedas, kalau jenis tak adventurous memang tak akan la cuba.

2.Katanya orang makan pedas ni ada karektor berani. Berani dengan macam-macam perkara dalam kehidupan seperti mana pedasnya makanan yang berani dicuba begitulah orang kuat pedas ni berani berhadapan dengan cabaran kehidupan.

3.Orang suka makanan pedas juga biasanya suka mencuba makanan baharu. Pendek kata ajaklah dia cuba merasa menu baharu mesti tak menolak punya.

Makan pedas cara mudah

Kalau tekak Melayu ni walau ke mana pergi tetap nak cari nasi berlaukkan sambal. Barulah rasa puas makan lagi-lagi kalau sambal tu pedas sampai buat kita berpeluh dan mulut muncung-muncung menahan pedas tapi tetap nak makan.

Korang nak tahu tak sekarang ni ada macam-macam cara mudah untuk makan sambal. Tak perlu lagi nak potong cili, kisar, tumis sambal sampai dapur bersepah dan berminyak. Order sahaja secara online. Sambal sampai depan rumah. Haa senang kan!

Bukan 'sembang kari' tapi Scha's Sambal memang padu rasanya. Produk muslim yang mesti disokong sepenuhnya. Rasa keaslian sambalnya macam makan sambal mak masak di rumah.

Scha’s Sambal terdapat dalam empat jenis perisa iaitu Sambal Durian, Sambal Hijau, Sambal Hitam Belimbing, Sambal Ikan Masin Pedas. Dengar nama sambal sahaja tentu anda sudah telan air liur membayangkan rasa pedasnya yang menyengat. Pilihan sambal-sambal Scha’s Sambal ini akan memudahkan tugas memasak selain daripada boleh dimakan terus bagi yang tiada masa untuk memasak sendiri sambal.

 

Foto : @scha_sambal

Foto: @scha_sambal

Bukan semua orang pandai masak sambal yang sedap. Lagi-lagi proses penyediaannya agak renyah sedikit. Antara tip masak sambal sedap yang diajar oleh mak-mak kita, kena guna cili kering atau cili hidup yang perlu dipotong, dikisar dan ditumis dalam minyak yang banyak dan lama.

Proses memasak sambal di dapur kena ambil masa berjam-jam kalau nak menghasilkan sambal yang sedap dan berkualiti.

Percikan minyak di dapur mungkin agak merengsakan bagi sesetengah orang sebab lepas memasak nak kena kemas pula dapur yang kotor. Kenapa perlu bersusah-payah kalau ada yang senang. Pilih sahaja perisa Scha’s Sambal mana anda mahu. Sedia untuk dimakan tanpa perlu bersusah payah memasak.

Foto: scha_sambal

Selain boleh dimakan terus, Scha’s Sambal juga boleh digunakan sebagai pes masakan. Sambal Hijau boleh digunakan untuk masak nasi goreng, memasak ayam atau ikan sambal hijau. Mudahnya, jimat masa dan tenaga ibu-ibu memasak.

Scha’s Sambal juga boleh dimakan dengan roti, pisang goreng, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.

Foto: @scha_sambal[/caption]

Walaupun sambal sinonim dengan rasa pedas tetapi Sambal Hitam Belimbing boleh dimakan begitu sahaja tanpa sedar tahu-tahu separuh bekas dah habis. Tak bohong tau, saya dah cuba semua perisa, memang sedap.

Teringin nak rasa ke? Klik bit.ly/schasambal untuk order.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Opsss....Saya Sedia Membantu