Posts

Showing posts from 2013

Kadangkala Risau Kita Tak Bertempat!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal -nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi perbadi "Risaulah anak saya masih tak tau membaca. Tahun depan dah nak masuk darjah satu!" ngadu seorang kenalan di satu petang. "Eh apalah agaknya yang cikgu kat sekolah ni ajar sampai anak aku masih tak boleh baca," kata seorang ibu dalam nada geram. Ia senario biasa di kalangan mak-mak yang mempunyai anak baru masuk darjah satu menjelang hari persekolahan.  Saya juga pernah mengalami rasa panik begitu satu masa dahulu. Risaunya bila anak kita seorang nanti yang tak pandai membaca di dalam kelas. Maklumlah budak-budak sekarang kebanyakannya pandai-pandai belaka. Saya kira ia perasaan normal yang terbit dengan sendirinya dari dalam hati sanubari seorang ibu. Sebenarnya memang tidak salah berperasaan sedemikian tetapi sebelum itu tanya dulu diri kita, apakah wajar semua kesilapan itu kita sandarkan kepada guru anak-anak kita? Kita mesti lakukan sesuatu.  Saya pun macam tu j

Membandingkan Itu Adakalanya Tak Perlu

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Kamera phone  Memulakan pagi hari cuti Krismas dengan menemankan Alya dan Aiman ke kelas renang. Seronok melihat anak-anak gembira berada dalam kolam renang. Memang sahlah, budak-budak tak boleh jumpa dengan air. Macam anak itik mereka menggeletik nak terjun. Sebenarnya memang target saya untuk menghantar mereka ke kelas aktiviti sepanjang cuti sekolah ini. Maklum sahaja cuti sekolah yang panjang kalau tak buat apa-apa aktiviti berfaedah boleh masuk dalam tv gamaknya mereka, sebab lama sangat menghadap tv.  Jadi dengan sibukkan diri mereka menghadiri kelas aktiviti, terisi masa lapang selain menambah kemahiran yang sedia ada.  Alhamdulillah, menghampiri penghujung cuti sekolah, saya hampir menyelesaikan misi sebagai seorang mama.  Kelas pra huffaz dan berenang menjadi pilihan kali ini. Walaupun keduanya berbeza tahap usia namun hantar juga mengikut tahap yang sama. Tiada perbezaan! Apa yang saya perhatikan setiap anak punya kelebihan dan

Kualiti Masa Yang Berkualiti

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Google image "Good night mama,  Assalam'mualaikum mama,  sweet dream mama, I  love you mama, I love you very very much in the world mama!" Itu ucapan daripada anak saya Aiman, setiap malam sebelum dia tidur. Saya terasa sangat 'manis' sekali setiap kali menerima ucapan itu. Ucapan yang sama akan diulang untuk Baba dan kakaknya juga. Kemudian kami akan saling menjawab setiap ucapan tersebut dan suasana sebelum tidur begitu meriah sekali. Itu cara kami mengeratkan hubungan sebelum tidur. Saya percaya setiap kita mesti punya cara yang dipraktiskan untuk mengikat kemesraan keluarga. Betul tak? Sebenarnya saya hendak cerita pasal masa istimewa atau 'quality time' kata orang putih bersama anak-anak. Dalam membesarkan anak-anak sudah tentu banyak masa kita tertumpu kepada mereka terutama ketika mereka masih di bawah usia empat tahun. Bila mereka sudah mula masuk tadika, percayalah kita juga sem

Rasulullah Is My Idol

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad Serabut  kepala bila balik dari kerja, anak-anak sibuk bergaduh. Rasa hendak menjerit marahkan mereka tetapi perlu sabarkan diri. Padahal mereka tahu mama yang keletihan paling tak suka jika dengar orang bergaduh. Tapi biasalah budak-budak, diberitahu banyak kali pun tetap akan diulang kesilapan yang sama.  Semakin mereka membesar, semakin kuat usik mengusik dan sesi 'perang' antara keduanya. Ada sahaja yang tak kena. Tapi bila time baik, bukan main mesra sangat. "Korang ni boleh tak jangan bergaduh. Pening kepala mama tau!"  "Eh kita orang tak gaduh la mama, gurau je ni," jawab keduanya selepas puas berkejaran entah apa yang direbutkan pun saya tak tahu. Ada kalanya saya biarkan mereka bergaduh sampai puas. Hendak melihat sejauh mana pergaduhan mereka kerana akhirnya mereka berdua akan mencari satu sama lain. Mana mungkin bergaduh lama kerana itulah kawan bergaduh, itulah kawa

Jadi 'BFF' Anak Dara

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Selfie dari kamera Samsung Alya           'Mama photo bomb'.  Istilah anak remaja zaman sekarang "Mama...Mama...hmmm...nak cakap sesuatu jap lah.   It's girl talk ," Alya si dara sunti sibuk mahu memberitahu saya sesuatu. Anak sulung saya tu memang banyak sangat ceritanya. Adakalanya tak sempat kita duduk, dia dah sibuk memberitahu itu ini. Semput nafas dibuatnya. Kalau kita tak ambil perhatian apa yang dia nak cakap, mulalah 'sentap'. "Ok tak pelah kalau Mama tak nak dengar," katanya sambil terus masuk bilik. "Cepat sangat merajuk. Sabarlah kejap. Ok sekarang Mama nak dengar. Ceritalah..."  Saya dan anak perempuan memang selalu 'bertengkar'. Ada sahaja yang saya akan bebelkan dia. Tetapi dalam masa yang sama, kami juga sangat rapat. Banyak perkara yang kami boleh bualkan dan kongsikan (memang kongs

Perkongsian Bermakna Yang Menyentuh Jiwa

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com     Saya dan rakan-rakan wartawan merakamkan gambar kenangan dengan ayah dan ibu Ahmad Ammar Bismilahhirahmannirahim. Entah kenapa beberapa hari ini saya tidak mampu menulis entri baru. Ada sahaja halangan dan kekangan. Padahal idea terasa mencurah-curah. Rasa banyaknya cerita hendak dikongi dengan orang lain. Tapi siapalah kita, manusia yang lemah ini. Kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Biasalah, penulis juga manusia biasa, kadang kala ada masanya kekeringan idea juga. Ada masa banyak idea tetapi tak mampu mencoretkan dalam sebuah cerita. Bagaimanapun hari ini saya perlu berusaha gigih untuk menghasilkan entri. Disiplin itu penting! Ya kata kuncinya adalah disiplin. Sebenarnya antara tip sesebuah kejayaan yang biasa dikongsi oleh orang-orang yang berjaya adalah soal disiplin. Istiqamah dengan disiplin yang diamalkan lebih memantapkan lagi kejayaan. Sebenarnya memang beberapa hari ini saya kurang berdis

Penulisan Untuk Jana Saham Dunia & Akhirat

Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Tik tok tik tok...cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar usia kita semakin bertambah setiap hari. Pernah tak terfikir apa nilai tambah yang kita dah buat setiap hari? Yang pasti kita tak pernah lupa update status di facebook atau berkongsi gambar aksi anak-anak, makanan yang kita makan setiap hari atau lokasi percutian kita. Betul tak? Kata ustaz saya, kalau status yang kita tulis tu memberi manfaat dan mengajak orang berbuat kebaikan, maka In shaa Allah akan tercatatlah pahala untuk kita. Tapi kalau status yang ditulis itu memaki hamun, mengutuk, mencerca orang lain, hmmmm...bayangkan apa yang akan kita dapat selagi mana status itu dibaca dan dilihat oleh orang lain.  Menyedari hal tersebut, saya mula terfikir untuk mula berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Bukan niat hendak menunjuk tetapi untuk mencari redha Allah SWT selain untuk menambah saham akhirat agar

Teknik Menghafaz Surah Al-Quran

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Google image Ajarlah anak membaca Al-Quran kerana Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat . Pejam celik pejam celik, dah nak masuk dua minggu cuti sekolah hampir berlalu. Mesti ramai yang dah bersuka ria bercuti dengan anak-anak. Siapa tidak suka kalau dapat bawa anak-anak bercuti melihat dunia indah ciptaan Ilahi. Betul tak? Tetapi bukan semua orang berpeluang membawa anak-anak bercuti semasa musim cuti sekolah. Faktor masa, tugasan kerja dan mungkin juga kewangan dan keizinan Allah sudah tentunya memainkan peranan menjayakan rancangan tersebut. Eh, apa yang saya merepek ni? Bukan nak cerita pasal tempat percutian tapi saya nak cerita tentang aktiviti semasa cuti sekolah. Sebenarnya daripada awal lagi saya sudah merancang sesuatu untuk anak-anak.  Saya mencari program menghafaz al-Quran sebagai salah satu cara pengisian musim cuti sekolah mereka. Alh

Mama....Jangan Bunuh Semut!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Google image Ya Allah geramnya tengok hurungan semut yang banyak dalam dapur rumah.  Saya memang pantang melihat semut menghurung makanan atau minuman atas meja dapur.  "Memang nak kena la ni..." getus saya dalam hati. "Semut ni....bukannya benda manis, air masak je kot. Tu pun kau nak hurung..." bebel saya tak puas hati. Cepat saja saya capai kain lap dan terus menekap ke atas kumpulan semut. Puas rasa hati! Ketika tengah asyik menamatkan riwayat semut-semut tersebut, saya terdengar suara kanak-kanak berteriak. "Mama....jangan bunuh semut!!!" "Eh, kenapa pulak?" Soal saya tidak sabar mendengar jawapannya. "Habis air masak satu jag tak boleh minum. Banyak semut masuk," saya memberitahu Aiman yang beria-ria menghalang saya membunuh semut. "Mama, ustaz kata semut-semut ni semuanya berzikir kat Allah. Semut kan rakyat Nabi Sulaiman sebab tu dia selalu berzikir kepad

Mengikat Anak Ke Masjid

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com "Mama, boleh tak Aiman pegi solat Isyak kat surau yang dekat rumah kita ni?" tanya Aiman selepas solat Maghrib di rumah. Sudah banyak kali dia mengajukan soalan tersebut kepada saya.  Tapi saya masih belum beri kebenaran lagi.  Biasanya dia akan ke masjid dengan Babanya tapi bila En.suami sibuk meeting di waktu malam, dia tidak boleh bawa si bujang sekali kerana dia terus ke tempat meeting selepas solat di masjid. "Bukan Mama tak bagi tapi Aiman kecik lagi. Risau la Aiman nak pegi sorang-sorang," saya menyatakan alasan. "Aiman ok la Mama. Aiman pegi naik basikal," dia masih berusaha meyakinkan saya.   Malam kelmarin ketika saya memandu pulang ke rumah daripada menghantar En.suami ke rumah kawannya (pergi meeting di KL bersama kawannya), Aiman mengajak saya singgah ke masjid TTDI Jaya (tempat kami selalu solat dan mendengar kuliah agama). "Ma, jom kita singgah solat Isyak dulu. Lepas tu ba

Peluklah Anak Walaupun Tak Cemerlang

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto : Google image Tajuk entri hari ini lebih kepada pujukan buat diri saya sendiri. Seperti sedia maklum hari ni result UPSR sudah keluar. Tahniah diucapkan kepada yang mendapat result cemerlang 5A. Yang tak dapat A penuh pun tahniah juga. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Beberapa hari sebelum result keluar, Alya asyik mengadu takut dan risau. Saya pesan kepadanya supaya banyak berzikir kerana ia ubat terbaik menenangkan jiwa.  Tipulah kalau saya kata tidak risau. Tentu sahaja saya seperti semua ibu lain, mahukan anak mendapat result yang cemerlang. Saya juga pesan supaya dia persiapan diri menerima apa sahaja keputusan nanti selepas segala usaha, doa dan tawakal telah dilakukan. Saya juga sudah persiapkan mental untuk redha dengan apa jua keputusan yang dia dapat. Akhirnya debaran Alya dan saya berakhir pada jam 11.30 pagi tadi. Biarpun bukan berita gembira yang saya terima tapi saya