Posts

Showing posts with the label Didik Anak Cara Sunnah

Kisah Aiman Dan Sedekahnya

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera phone Setiap hari saya mesti bertanyakan soalan yang sama dengan anak-anak apabila mengambil mereka dari sekolah. Ia bagaikan kewajipan yang tidak pernah ditinggalkan. Walapun kini hanya tinggal Aiman sahaja yang perlu diambil dari sekolah, soalan sama tetap ditanya. “Macam mana sekolah hari ni?” soal saya kepada Aiman memulakan perbualan. “Ok ma.” “Dah mula belajar?” sambung saya lagi. “Sekolah agama belum tapi dah dapat buku. Sekolah pagi dah belajar sikit,” jawabnya sambil sibuk makan lollipop. “Hmm…sedap nampak makan lollipop tu. Banyak ke belanja hari ni?” aju saya sebaik Aiman sudah selesa membetulkan kedudukannya dalam kereta.  “Mama, nilah lollipop yang Aiman nak beli sangat," itu pula yang dijawabnya. Sebenarnya bermula tahun ini, Aiman berazam untuk membawa bekal ke sekolah. Katanya hendak menyimpan duit belanja sekolah. Encik suami memberinya RM2 untuk s...

Rasulullah Is My Idol

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad Serabut  kepala bila balik dari kerja, anak-anak sibuk bergaduh. Rasa hendak menjerit marahkan mereka tetapi perlu sabarkan diri. Padahal mereka tahu mama yang keletihan paling tak suka jika dengar orang bergaduh. Tapi biasalah budak-budak, diberitahu banyak kali pun tetap akan diulang kesilapan yang sama.  Semakin mereka membesar, semakin kuat usik mengusik dan sesi 'perang' antara keduanya. Ada sahaja yang tak kena. Tapi bila time baik, bukan main mesra sangat. "Korang ni boleh tak jangan bergaduh. Pening kepala mama tau!"  "Eh kita orang tak gaduh la mama, gurau je ni," jawab keduanya selepas puas berkejaran entah apa yang direbutkan pun saya tak tahu. Ada kalanya saya biarkan mereka bergaduh sampai puas. Hendak melihat sejauh mana pergaduhan mereka kerana akhirnya mereka berdua akan mencari satu sama lain. Mana mungkin bergaduh lama kerana itulah kawan bergaduh, itulah kawa...

Mama....Jangan Bunuh Semut!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Google image Ya Allah geramnya tengok hurungan semut yang banyak dalam dapur rumah.  Saya memang pantang melihat semut menghurung makanan atau minuman atas meja dapur.  "Memang nak kena la ni..." getus saya dalam hati. "Semut ni....bukannya benda manis, air masak je kot. Tu pun kau nak hurung..." bebel saya tak puas hati. Cepat saja saya capai kain lap dan terus menekap ke atas kumpulan semut. Puas rasa hati! Ketika tengah asyik menamatkan riwayat semut-semut tersebut, saya terdengar suara kanak-kanak berteriak. "Mama....jangan bunuh semut!!!" "Eh, kenapa pulak?" Soal saya tidak sabar mendengar jawapannya. "Habis air masak satu jag tak boleh minum. Banyak semut masuk," saya memberitahu Aiman yang beria-ria menghalang saya membunuh semut. "Mama, ustaz kata semut-semut ni semuanya berzikir kat Allah. Semut kan rakyat Nabi Sulaiman sebab tu dia selalu berzikir kepad...

Mengikat Anak Ke Masjid

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com "Mama, boleh tak Aiman pegi solat Isyak kat surau yang dekat rumah kita ni?" tanya Aiman selepas solat Maghrib di rumah. Sudah banyak kali dia mengajukan soalan tersebut kepada saya.  Tapi saya masih belum beri kebenaran lagi.  Biasanya dia akan ke masjid dengan Babanya tapi bila En.suami sibuk meeting di waktu malam, dia tidak boleh bawa si bujang sekali kerana dia terus ke tempat meeting selepas solat di masjid. "Bukan Mama tak bagi tapi Aiman kecik lagi. Risau la Aiman nak pegi sorang-sorang," saya menyatakan alasan. "Aiman ok la Mama. Aiman pegi naik basikal," dia masih berusaha meyakinkan saya.   Malam kelmarin ketika saya memandu pulang ke rumah daripada menghantar En.suami ke rumah kawannya (pergi meeting di KL bersama kawannya), Aiman mengajak saya singgah ke masjid TTDI Jaya (tempat kami selalu solat dan mendengar kuliah agama). "Ma, jom kita singgah solat Isyak dulu. Lepas tu ba...

Tolong Habiskan Makanan Ya!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Tengahari tadi saya beli piza  untuk anak-anak  di Domino's Bukit Jelutong.  Saya dan En.suami hendak keluar jam 1 petang, jadi kami 'tapau' kan mereka makanan.  Sementara menunggu giliran piza masak, saya terkejut 'beruk' melihat seorang remaja lelaki mengambil pesanan pizanya yang sudah siap (sebelum tu dia beratur di depan saya). Dia memanggil adik lelakinya ke kaunter. Saya kira usianya dalam lingkungan 13 tahun sementara adik lelakinya lebih kurang usia 9 tahun. Dengan berpakaian jersi bola, saya agak mereka baru selesai bermain bola sepak di padang tidak jauh dari kediaman mereka.  Mereka mengangkat dua kotak piza bersaiz paling besar. Saya dan En.suami saling berpandangan melihat mereka membawa seorang sekotak piza. Mulanya saya fikir mereka hendak membawa pulang piza tersebut tetapi rupanya mereka berdua membawa ke meja bersama sebotol besar air berkarbonat dan mula makan seorang satu kotak piza...

Jom Ikut Sunnah Nabi

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Allahumma salli ala Muhammad   wa ala ali Muhammad     Muhammad Aiman di samping atuk tersayang. Jadi anak yang cintakan Rasulullah ye nak! Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Berapa kali kita berselawat ke atas Nabi setiap hari? Sudahkah kita memberitahu anak-anak supaya mereka sentiasa berselawat ke atas Nabi? Jom budayakan amalan berselawat ke atas Nabi sejak anak-anak kecil lagi. Saya juga sedang berusaha ke arah itu. Kata ustaz dalam kuliah di masjid, didiklah anak-anak cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w dan cinta kepada seluruh ahli keluarga Nabi serta mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Motivasi Nabi dalam menangani pelbagai permasalahan hidup manusia di dunia ini patut kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad s.a.w seorang yang berlemah lembut dalam perkara yang halal dan bertegas dalam perkara yang haram. Saya sendiri sedang dalam usaha memperbaiki diri agar sebanyak mungkin m...

Anak Cemerlang Cara Rasulullah s.a.w

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Semoga anak-anak menjadi aset terbaik saya menuju syurga ALLAH SWT Malam tadi entri yang sudah 80% siap ditaip hilang kerana kesilapan teknikal. Oh! Rasa mahu menjerit tetapi saya beristigfar. Ada hikmah yang tersembunyi daripada semua itu.  Cuba memujuk hati yang terkilan kerana sudah tentu hasil tulisan pertama yang dinukilkan tidak akan sama dengan idea selepas itu. Mungkin lebih baik atau mungkin juga lagi teruk. Wallahu a'lam. Hanya ALLAH jua yang mengetahui. Saya terus tutup Ipad dan tidur awal. Sebenarnya mulai malam semalam saya sudah berazam untuk tidur awal. Bukan saya sahaja tetapi seluruh ahli keluarga.  Bukan tidak pernah tidur awal tetapi tidur awal mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Ilmu yang baru kami pelajari dalam kuliah maghrib di masjid. Ia antara rahsia mendidik diri dan anak-anak menjadi cemerlang dunia dan akhirat Semasa mengendalikan kolum Soal Jawab Psikologi An...