Vietnam... Saya Datang Lagi



 Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal
Foto : Kamera handphone

Empat hari tidak update entri. Bukan sengaja tetapi sibuk dengan komitmen lain. Saya dan dua orang lagi rakan kongsi bisnes online Cotton Gossip sibuk membeli stok baru di Vietnam. Pemergian saya dan geng Cotton Gossip adalah buat kali ketiga pada tahun ini.

Wow! Pecah rekod peribadi saya. Pergi ke negara yang sama dalam masa tidak sampai setahun. Mengapa Vietnam? Kerana di sana ada stok barangan jualan bisnes online kami. Vietnam kini menjadi negara tumpuan kebanyakan orang Malaysia yang mahu bershopping fabrik cotton.

Ia bagaikan syurga beli-belah fabrik cotton yang menjadi kegilaan ramai wanita Melayu. Rata-rata wanita Malaysia yang saya temui di airport Ho Chi Minh City mengakui akan mengulang lagi kunjungan ke Vietnam.

Majoriti yang datang secara berkumpulan sama ada mengikut travel agency ataupun dengan kawan-kawan adalah golongan wanita. 

Nampaknya benarlah pakar ekonomi mengatakan kuasa membeli terletak di tangan wanita. Selain membeli untuk diri sendiri, mereka juga membeli apa yang dikirim oleh kawan-kawan perempuan mereka.

Setibanya di airport Ho Chi Minh, tidak sukar hendak mencari teksi ke destinasi dituju. Tetapi saya lebih suka mengambil teksi Vinasun. Ia dicadangkan oleh ramai orang yang berpengalaman ke sana. 

Untuk memudahkan menuju destinasi, dicadangkan membawa alamat tempat dituju secara bercetak. Bukan apa sebab sukar berkomunikasi dengan drebar teksi. Takut dibawanya kita ke tempat lain.


Teksi Vinasun 

Biasanya orang Malaysia yang berkunjung ke Vietnam akan memilih hotel berhampiran dengan lokasi tumpuan bershopping iaitu Ben Thant. Ia terletak di District 1. 

Jika hendak ke destinasi di Ho Chi Minh, anda perlu tahu ia terletak di district mana? Maka mudahlah drebar teksi hendak memahami lokasi dituju.

Kawasan tersebut yang berhampiran dengan pasar malam dan pasar Ben Thant menjadi tumpuan orang Malaysia. Di 
situ terdapat bermacam kedai menjual baju kurung siap, telekung, kedai makan Muslim dan hotel.

Saya tinggal di hotel An Tam yang terletak di deretan bangunan tersebut. Kami suka tinggal di hotel tersebut kerana berhampiran dengan lokasi kedai-kedai yang menjual stok barangan kami. 

Pendek kata lepas memborong boleh naik ke bilik simpan barang dan sambung  semula shopping. Patutlah ramai pilih hotel di situ.

Bandar Ho Chi Minh terkenal dengan kenderaan bermotor. Kali pertama datang, saya sangat panik melihat cara orang Vietnam menunggang motosikal. Mereka gemar membunyikan hon. 

Memang riuh rendah jadinya. Kita kena melintas dengan pantas kerana motosikal akan datang dari semua arah. Tetapi yang peliknya tiada sebarang kemalangan berlaku.

Tetapi masuk kali ketiga, saya sudah biasa dan boleh membaca rentak mereka membawa motosikal. 
Walaubagaimanapun tetap perlu berhati-hati. 

Lagi satu apa yang saya perhatikan, orang Vietnam juga rajin bersenam. Padang awam yang terletak di tengah bandar dipenuhi orang yang membuat banyak aktiviti riadah. Bahkan alatan senaman yang disediakan juga digunakan sebaiknya.

Tidak hairanlah rata-rata orang Vietnam berbadan kurus. Sepanjang tiga kali ke sana saya tidak pernah melihat orang Vietnam yang gemuk. 

Sudahlah siang, malam, pagi,petang menu utama mereka adalah mihun sup yang banyak sayuran, macam mana tak kekal kurus.

Kalau ke sana, jangan lupa makan mihun sup di kedai yang terletak bersebelahan kedai beg dan pakaian dan sebaris hotel An Tam. Kelainan mihun supnya dihidang bersama daun selasih.


Hari-hari nak pekena kopi ais



Rugi kalau tidak makan mihun sup

Antara minuman wajib apabila berada di Vietnam adalah kopi ais. Rugi kalau tidak menikmatinya apatah lagi dalam cuaca panas selepas letih memilih kain cotton. 

Dengan harga lebih kurang 20,000 dong iaitu bersamaan RM3 ++ saya dapat menghilangkan dahaga. Tetapi saya paling suka kopi ais di Restoran Green Saigon House. Sukar dilupakan. Tetapi harganya agak mahal sedikit iaitu 75,000 dong.

Kopi ais Green Saigon House 

Buah mangga juga popular di sana. Rata-rata penjual buah di pasar malam dan tepi jalan ada menjualnya. Tetapi saya tidak berani hendak membeli buah yang sudah siap dikupas. Jadinya saya membeli buah mangga dan meminta pekerja restoran Muslim tempat kami makan mengupasnya.
Memang sedap sangat rasanya yang manis!


Rasanya yang manis teringat hingga kini
Satu lagi lokasi wajib pergi adalah pasar Ben Thant yang menjual pelbagai jenis barangan seperti kain cotton, pakaian siap, t-shirt, cenderahati, makanan, tudung, kasut, beg tangan dan bermacam lagi. Ben Thant dibuka seawal jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sebelah malam pula meriah dengan pasar malam berhadapan Ben Thant. Walaupun kebanyakan barangan jualan sama dengan apa yang dijual di dalam Ben Thant tetapi jika pandai menawar harga, anda boleh dapat harga yang berbeza. 


Jom nikmati gambar-gambar di Bandar Ho Chi Minh. 

Nama kedai bunganya dalam Bahasa Melayu



Kerusi kedai makan mereka semuanya rendah


Peniaga tepi jalan


Antara restoran halal 

Restoran Seri Penang yang baru dibuka


Pemandangan malam hari

Kemeriahan pasar malam 

Antara cenderahati dalam Ben Thant








Comments

  1. Tiba2 jadi rindu hendak ke sana lagi... catatan kak ita ni menggamit memori betul. Cuma saya tak sempat nak merasa mihun sup tu.. memang wajib ke sana lagi ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Zikir Penenang Jiwa, Hadiah Allah Untuk Kita