Cermin Ajaib Ke Cermin Pecah?

Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad "Wah! Cantiknya bulan malam ni!" "Mama, kita kena cakap Subhanallah kalau tengok benda yang Allah cipta tu cantik," beritahu Aiman tulus. Oh, saya jadi termalu alah pula. Ditegur anak yang belum mencecah usia lapan tahun. Tapi apa salahnya kalau yang ditegur tu perkara yang betul. Sebenarnya saya sendiri yang mengajar dia tentang perlunya menyatakan rasa kagum melihat ciptaan Allah SWT dengan ucapan yang betul. Suatu hari, saya berborak dengan Aiman. "Aiman nak kumpul banyak pahala tak"? "Nak..nak.." Bagi kanak-kanak, pahala itu umpama gula-gula. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mereka menginginkannya kerana mahu masuk ke syurga Allah. Syaratnya, kita perlu selalu ceritakan kepada mereka tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala pada bila-bila masa sahaja. Kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Dari situ nanti mereka akan...