Posts

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Image
Sapa suka makan pedas?  Kalau takde makanan pedas rasa tak selera je nak makan. Alahai tawar je rasa kan? Rasanya rata-rata orang Malaysia terutama orang Melayu memang kaki pedas. Tak sah makan nasi kalau tak ada sambal belacan, pergi makan kat kedai atau restoran pun tetap mintak sambal belacan. Menu ayam penyet yang dimakan dengan sambal pedas berapi pun orang sanggup beratur panjang. Teringat-ingat rasa pedas menyengat sampai keluar peluh dan air hingus tapi tetap nak teruskan makan. Ramai orang kata tak elok amalkan makan pedas banyak sangat tapi sebenarnya ada kajian saintifik yang dibuat oleh pengkaji di barat mengatakan makan pedas boleh bantu turunkan berat badan. Wah, seriuslah! Mengikut apa yang saya baca di website ini , terdapat beberapa kajian saintifik yang diterbitkan mengaitkan hot chilli peppers  atau cabai ataupun cili dengan penurunan berat badan. "Capsaicinoids adalah sekumpulan bahan kimia yang terdapat secara semula jadi dalam cili," jelas pakar pemakana

“Biar Mak Yang Sakit, Jangan Anak Yang Sakit”, Kini Semuanya Tinggal Kenangan

Image
Bergelar ibu bukannya mudah tetapi ia bukan juga satu beban. Nikmat jadi ibu hanya yang melalui sahaja tahu. Bila sudah mempunyai anak sendiri barulah kita faham perasaan ibu kita dulu. Sentiasa sahaja risaukan keadaan anaknya. Masa tu kita tak faham dan kadangkala rasa rimas bila ibu seolah-olah terlalu mengongkong kita.  Rupanya risau ibu bertempat, walaupun kadangkala raut wajah ibu nampak garang bila bebelkan si anak tapi sebenarnya dia risaukan keadaan buah hatinya apatah lagi kalau anak yang dikandung selama sembilan bulan dan bertarung nyawa melahirkannya mempunyai masalah kesihatan. Ibu sedaya upaya menyembunyikan kedukaan di sebalik wajah cerianya membesarkan si anak namun jauh di sudut hati ibu terpendam sebuah kerisauan melihat keadaan anak yang tidak seperti anak orang lain. Bayangkanlah anaknya yang masih kecil terpaksa menanggung kesakitan masalah kulit yang teruk. Jika boleh, seorang ibu sanggup menukar kesakitan si anak kepada dirinya. Biar dia yang tanggung sakit tetap

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Image
Assalam'mualaikum  Sekarang ni curi-curi masa sangat nak tulis blog. Maklumlah beranak kecik memang payah sikit nak mengadap tablet. Malam ni kebetulan sangat si kecik tidur awal jadi bolehlah mak bersantai jap. Tapi jangan tak percaya, sambil jari menaip sambil saya mengepam susu. Gigih kan 😄. Cerita pasal pam susu teringat kisah di surau hari ini. Saya ditegur oleh seorang teman sepejabat yang sama lebih kurang tarikh bersalinnya dengan saya tahun lepas. Dia bertanya berapa kali saya pam susu sehari. Saya kata tiga kali di ofis dan dua kali di rumah. Wah terkejut dia sebab katanya dia hanya mengepam sekali saja. Wah saya pula terkejut.  Kata kawan saya lagi, dia pam tak tentu masa. Saya apa lagi terus 'menurunkan' ilmu pentingnya konsisten dengan masa mengepam kita untuk membolehkan susu terus dikeluarkan oleh kilang pengeluaran.  Sebenarnya ilmu tu pun saya baru tahu masa sibuk mengumpul stok susu ibu waktu berpantang hari itu. Hihihi dah anak ketiga baru nak tahu. Takp

Edisi Comeback....

Image
Assalam'mualaikum Lamanya saya tak tulis blog! Ada dekat setahun rasanya...Sepanjang setahun tak menulis macam-macam pengalaman saya lalui. Untuk edisi 'comeback' ni (cewahhh), saya nak kongsi kenangan manis tahun lepas. Paling manis sekali apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada usia 4 series. Syukur sangat dengan rezeki paling bermakna ni. Bermula dengan episod 'mabuk' mengandung yang menguji kesabaran sampailah saat bersalinkan si kecil ini. Tahun 2014 memang tahun yang banyak kenangan pahit manis.  Saya ni kalau mengandung memang terkenal mengalami alahan teruk masa tiga bulan pertama. Orang kata lain anak lain ragam, tapi bagi saya semuanya sama. Alahan mengandung anak ketiga ni pun memang saling tak tumpah macam mengandung anak pertama. Lembik! Dah macam kain buruk😁 Bezanya kali ini saya dah macam diva rasanya. Apa tidaknya, dua anak memang dah besar dan tahu mengurus diri sendiri. En.suami pula memang ringan tulang dan bertambah-tambah rajin bila c

Dilema Pilih Nama Anak

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi lama Hari ini ketika sedang mengemaskini data peserta peraduan bayi anjuran laman web Pa&Ma, saya jadi asyik membaca nama mereka. Memang unik dan menarik nama-nama mereka. Seronok pula saya membaca nama-nama yang indah itu. Mulalah berangan kalau ada baby nak beri nama macam tu juga. Hehehe beranganlah sangat! Rata-rata bayi mempunyai lebih daripada satu nama seorang. Tapi dalam pada itu saya terfikir kalau seorang anak ada empat nama, agaknya yang mana satu akan dipanggil ye? Bayangkan kalau nama anak yang diberi Nur Qistina Batrisya Nadhirah, mau terbelit lidah bakal suaminya nanti ketika hendak akad nikah. Paling tak tahan bila anak sudah mula melangkah kaki ke sekolah. Kasihan si anak terpaksa menghafal ejaan nama sendiri yang panjang. Tambah kasihan apabila hendak menulis nama sendiri pada buku sekolah. Yang pasti ketika itu tentulah si ibu atau ayah yang akan membantu menulis nam

Selamat Datang Rabiulawal

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Alhamdulillah sudah tamat tiga hari pertama tahun 2014. Sebelum ini saya lihat rata-rata teman di facebook seronok berkongsi gambar dan kisah anak-anak kembali ke sekolah. Macam-macam ragam anak-anak kita. Tahun baru juga semua ibu berazam untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Harap-harap azam tersebut istiqamah hingga ke hujung tahun ye hehe.. Malam ini juga baru saya diberikan keizinan oleh Allah untuk membuat entri pertama di tahun baru selepas pulang dari masjid seperti biasa. Kiranya ini malam pertama di tahun 2014 saya hadir ke majlis ilmu. Aduh! Tepuk dahi saya. Masya Allah dalam sibuk mengambil tahu tentang kedatangan tahun baru 2014 saya terlupa yang hari ini sudah masuk bulan Rabiulawal. Alhamdulillah, bila hadir ke majlis ilmu barulah kita boleh 'update' diri yang sentiasa ketinggalan dalam bab agama ini. Astagfirullahhaladzim. Ustaz memberitahu hari ini sudah 1 Rabiulawal

Kasihku Tak Pernah Pudar Selamanya...

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi sendiri Bila cerita tentang kasih sayang mesti wajah suami/isteri, anak-anak dan ibu bapa yang terbayang dalam fikiran kita. Cinta dan kasih sayang kita hanya untuk mereka. Rindu tak tertahan kalau sudah lama tidak bertemu. Itu memang lumrah kita bergelar manusia.  Kalau orang tanya, siapa yang paling kita sayang atau rindu? Sudah tentu dengan pantas tanpa ragu-ragu kita jawab anak-anak, suami/isteri dan ibu ayah. Betul kan? Kelmarin, ketika saya sedang duduk bersantai di rumah, Aiman bertanyakan soalan yang sangat simple tetapi jawapannya mungkin tidak terfikir oleh saya. "Mama, siapa orang yang paling mama sayang dan rindu sekali?" tanyanya tiba-tiba saja. "Hmmm...mestilah kakak sebab kakak tak ada kat rumah sekarang ni," saya jawab dengan yakin memandangkan kini anak sulung tinggal di asrama. "Tapi Aiman sangat rindukan Rasulullah