Edisi Comeback....

Assalam'mualaikum

Lamanya saya tak tulis blog! Ada dekat setahun rasanya...Sepanjang setahun tak menulis macam-macam pengalaman saya lalui. Untuk edisi 'comeback' ni (cewahhh), saya nak kongsi kenangan manis tahun lepas. Paling manis sekali apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada usia 4 series. Syukur sangat dengan rezeki paling bermakna ni.

Bermula dengan episod 'mabuk' mengandung yang menguji kesabaran sampailah saat bersalinkan si kecil ini. Tahun 2014 memang tahun yang banyak kenangan pahit manis.  Saya ni kalau mengandung memang terkenal mengalami alahan teruk masa tiga bulan pertama.

Orang kata lain anak lain ragam, tapi bagi saya semuanya sama. Alahan mengandung anak ketiga ni pun memang saling tak tumpah macam mengandung anak pertama. Lembik! Dah macam kain buruk😁

Bezanya kali ini saya dah macam diva rasanya. Apa tidaknya, dua anak memang dah besar dan tahu mengurus diri sendiri. En.suami pula memang ringan tulang dan bertambah-tambah rajin bila cik isteri dah macam kain buruk. Pendek kata kerja saya masa tu hanya muntah, muntah, tidur, tidur...makan pun kena paksa dan sampai satu tahap anak sulung saya yang menyuapkan saya makan. Hishhh....melampau sungguh.

Seperti mana dua kandungan dulu, saya memang jenis tak boleh masuk kawasan dapur. Rasa macam nak bertempur je kalau kena masuk juga dapur. Kalau kena masuk dapur alamatnya  tahan nafas, tutup hidung dan cepat-cepat blah...

Muntah saya sampai tahap kena masuk drip air sebab dah dehydrated. Kalau ikutkan saya kena warded tapi saya tak mahu. Sudahnya kena berulang ke klinik untuk masuk drip air. 

Oh ye, Sepanjang trimester pertama mengandung saya akan bawa sebuah bekas aiskrim saiz kecil yang dah tak guna ke hulu ke hilir. Dah jadi macam bff dengan bekas tu. Bekas tu lah jadi penyelamat kalau tiba-tiba tekak rasa meloya dan nak muntah. Muntah saya bukan boleh ditahan-tahan. Kalau nak keluar ikut suka hati dia aje.

Selera makan memang tak tau dah pergi mana. Kalau dulu sebut je nama makanan mesti nak cuba tapi masa mabuk mengandung, rasa macam nak tampar je kalau dengar nama-nama makanan disebut. Masa itu barulah saya rasa betapa kerdilnya diri. Allah baru uji sikit saya dah cepat hilang sabar dan nak give up.

Malas, kuat tidur, muntah tanpa henti, letih, lesu, mual, nak marah, tak nak bercakap, tak nak masuk dapur, tak nak dengar bunyi mesej whatsapp di handphone, tak suka tengok facebook, hilang selera makan sampai turun 3 kg berat badan dalam masa sebulan.....itu antara simptom 'melampau' saya sepanjang trimester mengandung. 

Ikutkan hati macam nak sembunyikan diri daripada jumpa orang dan nak tidur saja tapi hidup mesti diteruskan, jadi saya kuatkan semangat.  Layankan perasaan serba tak kena tu dan banyakkan berzikir sebagai penguat diri. Bila rasa 'down' sangat saya akan berzikir tanpa henti di dalam hati dan berdoa tanpa jemu supaya Allah permudahkan segalanya dan beri saya kekuatan untuk melalui fasa ' mabuk' itu.

Alhamdulillah saya dikurniakan suami dan anak-anak yang penyabar melayan kerenah isteri/mama mereka yang legend ( En.suami yang bagi title ni hihihi) masa mengandung ni. Akhirnya 'ngam-ngam' abis trimester pertama, rasa mabuk dan segala macam benda yang tak best pergi dan tak kembali lagi.

Yahooo....syukur Alhamdulillah. Lega rasanya dapat bebaskan diri daripada muntah hijau. Maka dengan rasminya saya ucapkan selamat tinggal kepada bekas aiskrimku a.k.a bff hihi

Coretan 

Mama ita


Masa ni dah masuk trimester ketiga...comel kan perut kita. Ni jelah satu2nya gambar dengan encik suami masa kita pregnant hari tu. Mujur ada...












Comments

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Zikir Penenang Jiwa, Hadiah Allah Untuk Kita