Tuesday, April 21, 2015

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Assalam'mualaikum 

Sekarang ni curi-curi masa sangat nak tulis blog. Maklumlah beranak kecik memang payah sikit nak mengadap tablet. Malam ni kebetulan sangat si kecik tidur awal jadi bolehlah mak bersantai jap.

Tapi jangan tak percaya, sambil jari menaip sambil saya mengepam susu. Gigih kan 😄. Cerita pasal pam susu teringat kisah di surau hari ini. Saya ditegur oleh seorang teman sepejabat yang sama lebih kurang tarikh bersalinnya dengan saya tahun lepas.

Dia bertanya berapa kali saya pam susu sehari. Saya kata tiga kali di ofis dan dua kali di rumah. Wah terkejut dia sebab katanya dia hanya mengepam sekali saja. Wah saya pula terkejut. 

Kata kawan saya lagi, dia pam tak tentu masa. Saya apa lagi terus 'menurunkan' ilmu pentingnya konsisten dengan masa mengepam kita untuk membolehkan susu terus dikeluarkan oleh kilang pengeluaran. 

Sebenarnya ilmu tu pun saya baru tahu masa sibuk mengumpul stok susu ibu waktu berpantang hari itu. Hihihi dah anak ketiga baru nak tahu. Takpelah biar lambat daripada tak tau langsung. Jadi dengan semangat 'sharing is caring' saya pun dengan panjang lebar menerangkan ilmu itu kepada kawan saya.

Tak sangka pulak dia bersemangat balik hendak pam ikut sistem masa yang konsisten. Hihihi kan bagus macam tu. Tiba-tiba seorang kawan yang sedang mengandung yang ada di surau tu terus bersemangat hendak jadikan saya mentor penyusuannya nanti. Aikk... akak pun sikit je ilmu dik. tapi takpe apa salahnya kita sama-sama bagi semangat kan.

Sebenarnya susu saya tak banyak melimpah ruah macam sesetengah orang tapi saya percaya pada pentingnya formula 'demand' & 'supply' dalam bab penyusuan. Maka sebab itulah saya kena rajin mengepam.

Alhamdulilah berkat usaha gigih dan doa tanpa henti setakat detik ini susu saya cukup untuk si kecik. Saya memang berniat sejak awal mengandung lagi untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada anak ketiga saya ni.

Bila orang tanya "banyak dapat susu?" setiap kali lepas mengepam, saya jawab "Alhamdulilah cukup untuk bekalan anak saya". Saya ada banyak cerita susah senang sepanjang empat bulan hendak menyusukan anak secara eksklusif dan akan terus berusaha menyusukannya sehingga usia dua tahun InshaAllah. Tapi terpaksa berhenti setakat ini malam ni sebab sambil menaip sambil berperang dengan Aina Najla yang sedang menyusu. Dia sekarang tak reti diam kalau tengah menyusu terutama kakinya yang asyik nak menyepak je.

Nanti saya kongsikan lagi cerita kumpul stok susu ibu di lain hari ya.  Doakan perjalanan penyisuan saya dipermudahkan Allah SWT. 

Jumpa lagi

Mama ita





    Budak kecik yang hobinya makan tangan je sekarang ni

    Ni hasil perahan malam ni, sambil pam sambil BF Aina. Tandem nursing namanya...Alhamdulillah