Profil Penulis











Tentang Saya

Sempat berposing semasa menjalankan tugasan


Nama:
Hasnita Sawal

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi. Major dalam Kewartawanan dan Minor Pengurusan

Pengalaman kerja :
Pengurus Komuniti Pa&Ma dan Keluarga. (2020) 
Editor Pa&Ma (2017 - 2020). Menguruskan Pa&Ma Print, Digital, TV Content & Klien Komersial.
Wartawan Digital Pa&Ma (Mac 2013 - 2016)
Wartawan Pa&Ma (2007 - 2012),
Wartawan majalah NUR (2004 - 2007),
Wartawan Majalah Pa&Ma (2002 - 2004),
Wartawan majalah Sayangku (2000),
Wartawan majalah Perempuan (1999)

Pengalaman bisnes :
Pernah menjual produk barangan bayi secara online melalui blog sendiri iaitu mamaitababyshop.blogspot.com pada tahun 2009. Tanpa pengalaman dan garis panduan, blog tersebut terbiar tanpa promosi atau entri. Namun ada juga pembeli yang membeli barangan. Akhirnya saya membiarkan sahaja blog tersebut tersadai tanpa menutupnya.
Kemudian pada akhir tahun lepas, saya dan dua orang rakan sepakat memulakan perniagaan online menjual kain cotton, akhirnya berkembang menjual tudung dan jubah dres.


Minat, kemahiran dan kepakaran :
Minat untuk memulakan kerjaya di rumah menggunakan kemahiran penulisan. Kepakaran penulisan dalam bidang keibubapaan bermula saat kehamilan, kelahiran dan pendidikan awal anak yang diperoleh sepanjang bergelar wartawan majalah Pa&Ma diharap dapat dikongsi dalam blog panduan keibubapaan.

Selain dari itu saya juga berkemahiran mencipta cerita kanak-kanak untuk anak-anak saya sebelum tidur sepanjang enam tahun pertama usia mereka.

Kebelakangan ini minat mendengar kuliah agama di masjid dan youtube membuatkan hati meronta untuk berkongsi ilmu yang diperoleh supaya semua orang boleh menjadi ibu bapa yang benar-benar mengikut landasan Islam dalam menjalankan tanggungjawab mendidik khalifah Allah.

Buku, jenis bahan bacaan yang suka dibaca :
Buku-buku motivasi/keibubapaan Islamik, buku sirah Rasulullah SAW, kisah sahabat Baginda.

Nyatakan url blog dan fan page sedia ada di sini :
hasnita.sawal.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Kerisauan Seorang Ibu