Posts

Showing posts from January, 2014

Dilema Pilih Nama Anak

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi lama Hari ini ketika sedang mengemaskini data peserta peraduan bayi anjuran laman web Pa&Ma, saya jadi asyik membaca nama mereka. Memang unik dan menarik nama-nama mereka. Seronok pula saya membaca nama-nama yang indah itu. Mulalah berangan kalau ada baby nak beri nama macam tu juga. Hehehe beranganlah sangat! Rata-rata bayi mempunyai lebih daripada satu nama seorang. Tapi dalam pada itu saya terfikir kalau seorang anak ada empat nama, agaknya yang mana satu akan dipanggil ye? Bayangkan kalau nama anak yang diberi Nur Qistina Batrisya Nadhirah, mau terbelit lidah bakal suaminya nanti ketika hendak akad nikah. Paling tak tahan bila anak sudah mula melangkah kaki ke sekolah. Kasihan si anak terpaksa menghafal ejaan nama sendiri yang panjang. Tambah kasihan apabila hendak menulis nama sendiri pada buku sekolah. Yang pasti ketika itu tentulah si ibu atau ayah yang akan membantu menulis nam

Selamat Datang Rabiulawal

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Alhamdulillah sudah tamat tiga hari pertama tahun 2014. Sebelum ini saya lihat rata-rata teman di facebook seronok berkongsi gambar dan kisah anak-anak kembali ke sekolah. Macam-macam ragam anak-anak kita. Tahun baru juga semua ibu berazam untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Harap-harap azam tersebut istiqamah hingga ke hujung tahun ye hehe.. Malam ini juga baru saya diberikan keizinan oleh Allah untuk membuat entri pertama di tahun baru selepas pulang dari masjid seperti biasa. Kiranya ini malam pertama di tahun 2014 saya hadir ke majlis ilmu. Aduh! Tepuk dahi saya. Masya Allah dalam sibuk mengambil tahu tentang kedatangan tahun baru 2014 saya terlupa yang hari ini sudah masuk bulan Rabiulawal. Alhamdulillah, bila hadir ke majlis ilmu barulah kita boleh 'update' diri yang sentiasa ketinggalan dalam bab agama ini. Astagfirullahhaladzim. Ustaz memberitahu hari ini sudah 1 Rabiulawal

Kasihku Tak Pernah Pudar Selamanya...

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi sendiri Bila cerita tentang kasih sayang mesti wajah suami/isteri, anak-anak dan ibu bapa yang terbayang dalam fikiran kita. Cinta dan kasih sayang kita hanya untuk mereka. Rindu tak tertahan kalau sudah lama tidak bertemu. Itu memang lumrah kita bergelar manusia.  Kalau orang tanya, siapa yang paling kita sayang atau rindu? Sudah tentu dengan pantas tanpa ragu-ragu kita jawab anak-anak, suami/isteri dan ibu ayah. Betul kan? Kelmarin, ketika saya sedang duduk bersantai di rumah, Aiman bertanyakan soalan yang sangat simple tetapi jawapannya mungkin tidak terfikir oleh saya. "Mama, siapa orang yang paling mama sayang dan rindu sekali?" tanyanya tiba-tiba saja. "Hmmm...mestilah kakak sebab kakak tak ada kat rumah sekarang ni," saya jawab dengan yakin memandangkan kini anak sulung tinggal di asrama. "Tapi Aiman sangat rindukan Rasulullah

Zikir Penenang Jiwa, Hadiah Allah Untuk Kita

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Imej Google Terasa diri sangat kerdil. Semakin banyak belajar semakin banyak tak tahu. Allahuakhbar! In shaa Allah malam ni saya hendak kongsikan betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap kita. Kita sahaja yang kadang kala tidak menghargainya. Kata ustaz, ilmu agama kalau sudah dipelajari hendaklah disebarkan kepada semua orang, agar semua mendapat manfaatnya. Malam tadi saya belajar bab kelebihan zikir dalam kuliah di masjid. Zikir merupakan satu ibadat yang mudah dilakukan dan balasan ganjaran dari Allah sangat hebat. Bayangkan sambil buat kerja di pejabat atau di rumah, kita boleh kumpul pahala dengan mengingat dan menyebut nama Allah SWT sama ada di dalam hati atau di bibir. Masya Allah Maha Penyayangnya Allah kepada kita. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w, Abu Musa As'hari atau nama sebenarnya Abdullah bin Qais r.a. "Orang yang sentiasa ingat Allah

Kisah RM2 Dan Takut Allah

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi peribadi            Aiman, ketika mengikut Smart Solat Camp ketika cuti sekolah tahun lalu. Ini kisah semalam. Saya tersenyum saat mendengar cerita Aiman sebaik pulang sekolah semalam. Dalam hati saya bersyukur kepada Yang Maha Esa. Saya perasan sejak kakaknya masuk asrama dan dia keseorangan, banyak perkara positif yang dikongsi dan ditunjukkan. Faktor tiada teman bergaduh mungkin membuatkan dia kurang menimbulkan hal. Alhamdulillah. “Mama, tadi kat sekolah agama, Aiman jumpa duit dua ringgit!” dia memulakan cerita sebaik masuk ke dalam kereta. “Aiman jumpa kat tangga sekolah agama. Aiman ambik nak bagi ustaz,” sambungnya macam tak sabar nak memberitahu. “Bila Aiman bagi kat ustaz, ustaz suruh letak balik kat tempat yang jumpa tu.” Saya pula berdebar menanti apakah yang dia buat dengan duit RM2 itu. “Aiman masuk balik dalam poket, lepas tu pegi kat tangga tu. Dalam

Kisah Aiman Dan Sedekahnya

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera phone Setiap hari saya mesti bertanyakan soalan yang sama dengan anak-anak apabila mengambil mereka dari sekolah. Ia bagaikan kewajipan yang tidak pernah ditinggalkan. Walapun kini hanya tinggal Aiman sahaja yang perlu diambil dari sekolah, soalan sama tetap ditanya. “Macam mana sekolah hari ni?” soal saya kepada Aiman memulakan perbualan. “Ok ma.” “Dah mula belajar?” sambung saya lagi. “Sekolah agama belum tapi dah dapat buku. Sekolah pagi dah belajar sikit,” jawabnya sambil sibuk makan lollipop. “Hmm…sedap nampak makan lollipop tu. Banyak ke belanja hari ni?” aju saya sebaik Aiman sudah selesa membetulkan kedudukannya dalam kereta.  “Mama, nilah lollipop yang Aiman nak beli sangat," itu pula yang dijawabnya. Sebenarnya bermula tahun ini, Aiman berazam untuk membawa bekal ke sekolah. Katanya hendak menyimpan duit belanja sekolah. Encik suami memberinya RM2 untuk s

Wakafkan Anak Ke Jalan Allah

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal  - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera phone "Krik krik, krik krik." Itu dialog kegemaran Alya apabila dia buat lawak tetapi orang lain tak ketawa. Akhirnya dia ketawa sendiri. Oleh kerana lucu mendengar dia bersungguh ketawa, akhirnya kami pun ketawa. Tapi malam ini rumah terasa sunyi sangat. Tiada lagi lawak jenakanya, tiada lagi adegan dia menyakat si adik, tiada lagi ketawa riangnya sambil menonton video youtube Bethany Mota kesukaan dan pelbagai lagi aksinya yang menceriakan rumah. Aiman yang selalu menjadi mangsa buli si kakak pun menangis kerana terlalu rindu kepada si kakak. Padahal kalau ikutkan masa, baru sahaja beberapa jam kami berpisah. Namun rindu saya sudah membuak-buak kepadanya. Kami korbankan segalanya demi mencari keredhaan Allah. Menghantarnya masuk ke asrama maahad tahfiz bagaikan satu rahmat buat kami sekeluarga tetapi dalam masa yang sama kami perlu korbankan masa bersama