Membandingkan Itu Adakalanya Tak Perlu

Assalam'mualaikum

Teks: Hasnita Sawal
Foto: Kamera phone 



Memulakan pagi hari cuti Krismas dengan menemankan Alya dan Aiman ke kelas renang. Seronok melihat anak-anak gembira berada dalam kolam renang. Memang sahlah, budak-budak tak boleh jumpa dengan air. Macam anak itik mereka menggeletik nak terjun.

Sebenarnya memang target saya untuk menghantar mereka ke kelas aktiviti sepanjang cuti sekolah ini. Maklum sahaja cuti sekolah yang panjang kalau tak buat apa-apa aktiviti berfaedah boleh masuk dalam tv gamaknya mereka, sebab lama sangat menghadap tv. 

Jadi dengan sibukkan diri mereka menghadiri kelas aktiviti, terisi masa lapang selain menambah kemahiran yang sedia ada.  Alhamdulillah, menghampiri penghujung cuti sekolah, saya hampir menyelesaikan misi sebagai seorang mama. 

Kelas pra huffaz dan berenang menjadi pilihan kali ini. Walaupun keduanya berbeza tahap usia namun hantar juga mengikut tahap yang sama. Tiada perbezaan! Apa yang saya perhatikan setiap anak punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi saya tidak pernah membandingkan mereka. Biarlah mereka belajar kemahiran baru mengikut keupayaan dan usaha masing-masing.

Tak sepatutnya kita bandingkan pencapaian anak-anak. Membanding dan membezakan anak-anak hanya akan membuatkan mereka kurang keyakinan diri. Hishhh...janganlah kita buat macam tu. Semuanya anak-anak kita, jadi kita kena sokong apa jua pencapaian mereka. Sokongan padu kita boleh terus memacu kejayaan mereka. Cewahhh...macam masuk sukan lumba lari pulak rasanya.

Cerita tentang anak-anak saya mungkin juga berlaku pada semua orang lain. Saya rasa pengalaman membesarkan anak-anak banyak mengajar kita tentang kehidupan.  Sikap rendah diri dan kurang yakin juga wujud dalam hati anak-anak saya.  

"Mama, Aiman dah hafal empat surah. Cuba dengar Aiman baca," pinta Aiman selepas selesai menghadiri kelas pra huffaz.

"Alhamdulillah, pandainya Aiman boleh cepat hafal surah. Teruskan hafal surah-surah lain ye,"puji saya untuk menaikkan semangatnya.

"Kakak...dah hafal lum surah As-Syam?" aju Aiman kepada Alya.

"Dah lah!" jawab si kakak dalam nada tak puas hati dengan pertanyaan adik yang macam 'eksyen' je bunyinya.

"Ha cuba baca, nak dengar," katanya lagi menambah rasa.

"Nantilah, tak nak baca depan Aiman!"

Nampaknya sudah ada api cemburu dan cuba membandingkan kelebihan diri sendiri. Perangai macam ini tak bagus untuk tumbesaran anak-anak. Saya tidak mahu mereka membesar dengan sikap bangga diri kerana kelebihan yang dimiliki.

Otak lembap

Minggu lepas selepas selesai kelas renang, seperti biasa saya akan bertanya perkembangan mereka.

"Macam mana kelas renang hari ni?"

"Ok ma. Mama, Alya dah pandai swimming. Hari ni Alya dah belajar style lain pulak sebab cikgu kata Alya dah boleh breast stroke style. Alya dah boleh swim sampai hujung pool. Eeee....seronok sangat ma!" ceritanya panjang lebar dalam nada gembira dan teruja dengan kemahiran baru yang dikuasainya.

"Oh good! Tahniah sebab dah pandai swimming," saya memberikan pujian. 

"Aiman macam mana?" tanya saya kepada Aiman yang senyap daripada tadi.

"Aiman tak terror macam kakak lagi. Aiman ni otak lembap agaknya," katanya dalam nada lemah dan agak kecewa saya rasa.

"Eh tak baik cakap macam tu. Mama, tengok Aiman dah boleh swim la. Dulu langsung tak boleh kan. Sekarang dah ok. Walaupun tak boleh lagi jarak jauh macam kakak, tapi ada pencapaian. Tak pe practice lagi ok," saya yakinkan dia.

"Aiman jangan kelam kabut. Relaks je ok...," kakak pula memberikan semangat.

"Aiman, jangan cepat give-up. Berusaha lagi. Allah jadikan otak manusia ni sama je. Tak ada sapa yang lembap, cuma usaha setiap orang je yang membezakan pencapaiannya," cepat saya mengambil peluang untuk menasihatkan mereka supaya tidak membanding-bandingkan diri dengan orang lain.

"Cuba tengok Aiman dengan Alya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan kan? Mana ada manusia yang sempurna," saya memulakan nasihat sambil memandu.

"Mama, adalah manusia yang sempurna. Nabi Muhammad s.a.w manusia yang sempurna," ucap Aiman yakin sekali.

"Betul...pandai Aiman. Rasulullah memang insan yang paling sempurna sebab tu Baginda mesti jadi contoh ikutan kita. Tapi kita hanya manusia biasa yang serba-serbi ada kekurangan, jadi kita kena saling tolong menolong supaya dapat saling melengkapi.

"Contohnya macam Aiman terror menghafal ayat al-Quran. Kakak pulak terror berenang. Jadi kena tolong-menolong. Bila time hafal Quran, Aiman tolong kakak, bila time swimming, kakak pulak tolong Aiman. Tu namanya masing-masing Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangan.

Sebab tu kita tak boleh bandingkan diri kita dengan orang lain. Kalau kita terror sesuatu perkara, jangan ketawakan atau ejek orang lain yang tak terror. Kita tolong orang tu..haa nanti sama-sama terror dan hebat. Dapat pahala lagi kalau tolong orang kan!"

"Ok Mama!" jawab keduanya hampir serentak.

"Hmm..bagus macam tu."

Menangani kerenah anak-anak yang sedang membesar memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Tersilap nasihat dan penerangan takut pula beri kesan negatif sampai mereka dewasa. Paling penting kita ikut sahaja cara Nabi didik anak-anak. Tak tahu macam mana? Rajin-rajin baca buku hehehe....

Wallahu a'lam

Mama Ita



Comments

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Kerisauan Seorang Ibu