Be Good Miss Arrogant!

Assalam'mualaikum

Teks: Hasnita Sawal
Foto: Kamera Handphone Samsung

Kepada yang ada anak perempuan, pernah tak dengar cerita kawan-kawan anak anda? Cerita tentang pergaduhan dengan  kawan si anu atau juga kisah tak kawan dengan si A atau sentap dengan si B. Hishhh....macam-macam cerita mereka ni.

Saya selalu bersembang dengan Alya sebelum tidur. Itu antara rutin kami sejak anak meningkat remaja. Bak kata Alya we need girls talk Ma. Dia nak share cerita kawan-kawannya.

Malam tadi dia cerita tentang seorang kawannya. Saya memang biasa dengar nama budak perempuan tu sejak Alya darjah satu lagi. Kebelakangan ini dia asyik memuji si A. Saya agak dia sangat mengagumi kawannya itu.

Bila ditengok memang kawannya itu kelihatan sempurna. Cantik, pandai, fasih berbahasa Inggeris slang Amerika lagi...fashionable hmmm...apa lagi ye? Oh lupa, kaya juga. What a perfect package to a teenagers girl!

Mungkin di mata Alya, kawannya itu sangat bertuah kerana memiliki segalanya yang diinginkan oleh anak remaja. Saya serkap jarang mengatakan yang dia jealous dengan kawannya itu. Alya hanya tersenyum sambil perlahan menganggukkan kepala.

"Dulu dia ok dengan Alya tapi lately ni dia arrogant dengan Alya. Tak tau kenapa. Bila Alya say hai atau tanya something, dia buat-buat busy tak nak jawab. Dia tu pilih kawan sekarang. Nak kawan dengan budak yang popular dan kaya je," luahnya tanda tak berpuas hati.

Saya mendengar dengan teliti ceritanya sambil dalam hati ada juga rasa geram dengan budak itu. 

"Baru abis darjah 6 dah pandai nak menyombong pulak. Jauh lagi perjalanan hidup ni," kata saya memberi komen.

"Eh silap pulak aku cakap macam tu," bisik saya dalam hati.

"Alya, apa guna Allah kurniakan kita muka cantik, pandai dan segala-galanya yang bagus tapi kita sombong. Allah boleh tarik bila-bila je kalau nak. Betul tak?" saya tanya untuk mengujinya.

"Aah," dia mengiyakan.

"So, Alya tak perlu rasa jealous dengan apa yang dia ada sebab Allah jadikan setiap kita ni ada keistimewaan tersendiri. Biarlah dia macam tu. Kalau dia tak nak kawan dengan Alya, ada ramai lagi kawan yang nak kawan kan.

Just be yourself dan paling penting Alya jaga akhlak. In sha Allah ramai orang suka berkawan," nasihat saya lagi.

"Ma, kaya kat dunia tak semestinya kaya kat akhirat kan," katanya sambil ketawa.

Saya harap kawannya itu tidak akan teruskan perangai memilih kawan sampai dia dewasa. Saya harap ibunya dapat menasihatkan anaknya supaya jangan bersikap sombong dengan orang lain dengan kelebihan yang dia miliki.

Saya juga doakan supaya anak saya tidak berkelakuan seperti itu. Ketika dia seronok bercerita tentang kesombongan kawannya, saya mengambil kesempatan menasihat dan mengingatkan dia supaya tidak meniru kelakuan tersebut.

Kejayaan yang dikecapi di peringkat sekolah rendah tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan di masa depan. Sebagai ibu bapa, kita kena rajin update perkembangan kelakuan anak kita. Takut-takut mereka ni terpengaruh dengan kawan-kawan.

Hmm...macam-macam kerenah anak-anak remaja zaman sekarang. Tersilap nasihat takut menjadi barah dalam diri hingga boleh memusnahkan diri sendiri di masa depan.

Well, be good Ms Arrogant!

Alya bersama 'geng-geng' rapatnya di majlis Hari Graduasi Tahun 6 minggu lepas









Comments

  1. Lps ni mama itt tls entri how 2 close with ank perempuan...sebb ai dgn piqa x geng...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Kerisauan Seorang Ibu