Posts

Showing posts from November, 2013

Teknik Menghafaz Surah Al-Quran

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Google image Ajarlah anak membaca Al-Quran kerana Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat . Pejam celik pejam celik, dah nak masuk dua minggu cuti sekolah hampir berlalu. Mesti ramai yang dah bersuka ria bercuti dengan anak-anak. Siapa tidak suka kalau dapat bawa anak-anak bercuti melihat dunia indah ciptaan Ilahi. Betul tak? Tetapi bukan semua orang berpeluang membawa anak-anak bercuti semasa musim cuti sekolah. Faktor masa, tugasan kerja dan mungkin juga kewangan dan keizinan Allah sudah tentunya memainkan peranan menjayakan rancangan tersebut. Eh, apa yang saya merepek ni? Bukan nak cerita pasal tempat percutian tapi saya nak cerita tentang aktiviti semasa cuti sekolah. Sebenarnya daripada awal lagi saya sudah merancang sesuatu untuk anak-anak.  Saya mencari program menghafaz al-Quran sebagai salah satu cara pengisian musim cuti sekolah mereka. Alh

Mama....Jangan Bunuh Semut!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Google image Ya Allah geramnya tengok hurungan semut yang banyak dalam dapur rumah.  Saya memang pantang melihat semut menghurung makanan atau minuman atas meja dapur.  "Memang nak kena la ni..." getus saya dalam hati. "Semut ni....bukannya benda manis, air masak je kot. Tu pun kau nak hurung..." bebel saya tak puas hati. Cepat saja saya capai kain lap dan terus menekap ke atas kumpulan semut. Puas rasa hati! Ketika tengah asyik menamatkan riwayat semut-semut tersebut, saya terdengar suara kanak-kanak berteriak. "Mama....jangan bunuh semut!!!" "Eh, kenapa pulak?" Soal saya tidak sabar mendengar jawapannya. "Habis air masak satu jag tak boleh minum. Banyak semut masuk," saya memberitahu Aiman yang beria-ria menghalang saya membunuh semut. "Mama, ustaz kata semut-semut ni semuanya berzikir kat Allah. Semut kan rakyat Nabi Sulaiman sebab tu dia selalu berzikir kepad

Mengikat Anak Ke Masjid

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com "Mama, boleh tak Aiman pegi solat Isyak kat surau yang dekat rumah kita ni?" tanya Aiman selepas solat Maghrib di rumah. Sudah banyak kali dia mengajukan soalan tersebut kepada saya.  Tapi saya masih belum beri kebenaran lagi.  Biasanya dia akan ke masjid dengan Babanya tapi bila En.suami sibuk meeting di waktu malam, dia tidak boleh bawa si bujang sekali kerana dia terus ke tempat meeting selepas solat di masjid. "Bukan Mama tak bagi tapi Aiman kecik lagi. Risau la Aiman nak pegi sorang-sorang," saya menyatakan alasan. "Aiman ok la Mama. Aiman pegi naik basikal," dia masih berusaha meyakinkan saya.   Malam kelmarin ketika saya memandu pulang ke rumah daripada menghantar En.suami ke rumah kawannya (pergi meeting di KL bersama kawannya), Aiman mengajak saya singgah ke masjid TTDI Jaya (tempat kami selalu solat dan mendengar kuliah agama). "Ma, jom kita singgah solat Isyak dulu. Lepas tu ba

Peluklah Anak Walaupun Tak Cemerlang

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto : Google image Tajuk entri hari ini lebih kepada pujukan buat diri saya sendiri. Seperti sedia maklum hari ni result UPSR sudah keluar. Tahniah diucapkan kepada yang mendapat result cemerlang 5A. Yang tak dapat A penuh pun tahniah juga. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Beberapa hari sebelum result keluar, Alya asyik mengadu takut dan risau. Saya pesan kepadanya supaya banyak berzikir kerana ia ubat terbaik menenangkan jiwa.  Tipulah kalau saya kata tidak risau. Tentu sahaja saya seperti semua ibu lain, mahukan anak mendapat result yang cemerlang. Saya juga pesan supaya dia persiapan diri menerima apa sahaja keputusan nanti selepas segala usaha, doa dan tawakal telah dilakukan. Saya juga sudah persiapkan mental untuk redha dengan apa jua keputusan yang dia dapat. Akhirnya debaran Alya dan saya berakhir pada jam 11.30 pagi tadi. Biarpun bukan berita gembira yang saya terima tapi saya

Be Good Miss Arrogant!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Kamera Handphone Samsung Kepada yang ada anak perempuan, pernah tak dengar cerita kawan-kawan anak anda? Cerita tentang pergaduhan dengan  kawan si anu atau juga kisah tak kawan dengan si A atau sentap dengan si B. Hishhh....macam-macam cerita mereka ni. Saya selalu bersembang dengan Alya sebelum tidur. Itu antara rutin kami sejak anak meningkat remaja. Bak kata Alya we need   girls talk Ma . Dia nak share cerita kawan-kawannya. Malam tadi dia cerita tentang seorang kawannya. Saya memang biasa dengar nama budak perempuan tu sejak Alya darjah satu lagi. Kebelakangan ini dia asyik memuji si A. Saya agak dia sangat mengagumi kawannya itu. Bila ditengok memang kawannya itu kelihatan sempurna. Cantik, pandai, fasih berbahasa Inggeris slang Amerika lagi... fashionable hmmm...apa lagi ye? Oh lupa, kaya juga. What a perfect package to a teenagers girl! Mungkin di mata Alya, kawannya itu sangat bertuah kerana memiliki seg

"Kenapa Kena Selawat Mama?"

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Koleksi kamera iPad " Allahumma salli 'ala muhammadin wa'ala ali Muhammad ," ucap  Aiman apabila mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w disebut oleh ustaz dalam ceramah di radio Ikim. "Alhamdulillah pandainya anak Mama ni. Banyak dapat pahala," saya berikan pujian. Bukankah memberikan pujian itu salah satu cara didikan mengikut sunah Nabi s.a.w terutama kepada anak-anak kecil. Dalam pendidikan awal kanak-kanak juga, ibu bapa amat disarankan memberi pujian kepada anak yang membuat kebaikan. Tujuannya untuk memupuk semangat dalam jiwa mereka agar terus membuat kebaikan. Sedangkan kita yang tua pun suka apabila dipuji, apatah lagi anak-anak kecil. Tapi jangan lupa beritahu pujian itu sebenarnya hanya layak diberikan kepada Allah Taala sahaja apabila mereka semakin besar. "Mama, kenapa kalau kita dengar sesiapa sebut nama Nabi, kita kena berselawat ?" tanya Aiman yang mem

Ajaibnya Sebuah 'Whiteboard'

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Kamera iPad     Whiteboard ini memang banyak memudahkan proses pembelajaran anak-anak. Ahad lepas saya memberikan tugasan menghafal 25 nama rasul kepada anak lelaki saya, Aiman. Tugasnya kelihatan mudah tetapi jika tiada kesungguhan sukar untuk menghafalnya. "Aiman ingat tak homework  yang Mama bagi untuk hafal 25 nama rasul?" tanya saya setiap hari. "Ya Aiman ingat!" jawabnya dalam nada agak jengkel kerana asyik diingatkan perkara yang sama. Hakikatnya bila disuruh menyebut nama-nama Rasul tersebut, Aiman masih gagal menyebutnya dalam nada yang lancar.  Saya mula ligat memikirkan kaedah pembelajaran yang lebih berkesan untuk kanak-kanak seperti Aiman. Dia bukan jenis budak yang boleh duduk diam membaca dan menghafal dalam masa yang lama. Dia cepat menjadi bosan. Saya akan hairan kalau nampak dia duduk senyap tidak bergerak. Pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan dia duduk diam. Kalau bukan game, sudah tentu komik ya

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad Saya masih lagi dalam fasa terkejut selepas menyaksikan video sepasang kekasih remaja yang beraksi mesra saling berpelukan dan berkucupan di khalayak. Rakannya merakamkan aksi mereka dengan sengaja.  Video tersebut dikongsi oleh seorang teman facebook saya. Saya macam tak percaya yang kebanyakan remaja sekarang begitu ' daring ' sekali menunjukkan kemesraan percintaan mereka.  Saya sengaja mengajak Alya menonton bersama video itu. Saya ingin melihat reaksinya. " Oh my God....Ma why this girl behave like this ? Oh memalukannya. Dorang tak tau ke berdosa!" katanya tidak puas hati. "Alya, jangan buat perangai macam ni ok!" tegas saya bersuara. Ok, saya tidak mahu mengulas mengenai kelakuan pasangan remaja itu. Saya doakan semoga mereka mendapat hidayah untuk bertaubat. Saya juga berharap agar tidak perlu menyebarkan video perbuatan mereka yang mengaibkan itu lagi. Cukuplah melihat

Bila Anak Bicara Soal Cantik

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com "Mama, pakai apa tu? Nak sikit!" minta Alya sewaktu melihat saya menyapu krim malam sebelum tidur. "Budak-budak tak payah pakai la. Kulit masih cantik lagi," ujar saya tidak membenarkan dia memakai krim. "Alah sikit je. Nak try je. Please Mama," rayunya tak putus asa. Anak yang sorang ni kalau minta sesuatu akan diusahakan sampai dapat. Akhirnya saya mengaku kalah dan membenarkan dia mencuba. Kalau sudah perempuan memang semula jadi dari kecil suka yang cantik-cantik. Tapi saya tak sangka secepat ini dia risaukan hal kecantikan dan penampilan diri. Apabila persoalan tentang warna kulit dan kecantikan diri mula ditanya, saya perlu bersedia dengan jawapan yang sesuai dengan peringkat usianya. "Mama kenapa kulit Alya tak putih macam kawan Alya?" saya sudah mengagak soalan itu  akan diajukan. Dia memang kerap bertanyakan soalan tersebut kepada saya sejak semakin membesar ini. Bunyinya

Birthday Alya Ke-12 Tahun

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera phone Syukur Alhamdulillah. Tiada kata-kata lain yang dapat saya lafazkan saat ini kecuali bersyukur atas nikmat bergelar ibu yang Allah berikan. Hari ini genap 12 tahun saya menyandang gelaran ibu kepada dua orang anak. Dua belas tahun lalu pada detik ini saya masih lagi dalam wad bersalin Hospital Kluang. Melahirkan Alya Izzati pada jam 10.50 pagi 4 November 2001tidak terlalu sukar. Tiga  jam selepas sakit kontraksi kuat, saya selamat melahirkan anak secara normal. Saya tak akan lupakan kata-kata pertama yang keluar daripada mulut jururawat yang menyambut kelahiran Alya. "Eh anak awak ada lesung pipit dalam la!" Dalam kesakitan yang dirasakan, itu perkataan pertama yang saya dengar.  Kini si gadis berlesung pipit semakin menghampiri ketinggian saya. Sudah pandai bergaya dengan tudung milik mama. Kadang kala berebut kasut yang sama dengan saya kerana saiz kami sudah sama.  Ohhh...pantasnya masa berl

Bola Sepak Punya Cerita

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera phone  Berfikir untuk menulis sambil mata menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dan Pahang memang kerja yang sukar. Sebenarnya saya bukanlah peminat bola sepak yang tegar. Biasanya saya tidak peduli pun dengan sebarang permainan yang berlangsung di kaca tv. Hakikatnya saya juga tidak punya pasukan pilihan yang disokong. Pendek kata saya tidak tahu menahu pun tentang bola sepak! Hehehe... Rasanya Aiman lebih 'terer' bercerita bab bola sepak berbanding saya. Saya jadi kagum dengan pengetahuan anak seusianya menyebut nama-nama pemain bola sepak antarabangsa dan tempatan.  Mungkin itu naluri semula jadi anak lelaki agaknya.  Saya sendiri sekadar mengenali nama-nama popular sahaja. Itu pun sebab glamour dengan skandal-skandal.  Oh lupakan kisah bola sepak. Saya masih buntu memikirkan apa cerita hendak dikongsi hari ini. Eh...terfikir pula, macam mana Aiman boleh 'te

Tolong Habiskan Makanan Ya!

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Tengahari tadi saya beli piza  untuk anak-anak  di Domino's Bukit Jelutong.  Saya dan En.suami hendak keluar jam 1 petang, jadi kami 'tapau' kan mereka makanan.  Sementara menunggu giliran piza masak, saya terkejut 'beruk' melihat seorang remaja lelaki mengambil pesanan pizanya yang sudah siap (sebelum tu dia beratur di depan saya). Dia memanggil adik lelakinya ke kaunter. Saya kira usianya dalam lingkungan 13 tahun sementara adik lelakinya lebih kurang usia 9 tahun. Dengan berpakaian jersi bola, saya agak mereka baru selesai bermain bola sepak di padang tidak jauh dari kediaman mereka.  Mereka mengangkat dua kotak piza bersaiz paling besar. Saya dan En.suami saling berpandangan melihat mereka membawa seorang sekotak piza. Mulanya saya fikir mereka hendak membawa pulang piza tersebut tetapi rupanya mereka berdua membawa ke meja bersama sebotol besar air berkarbonat dan mula makan seorang satu kotak piza