Sunday, October 13, 2013

Soal Tidur...Tiada Masalah


Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal
Foto : Koleksi sendiri

Siang tadi saya ada tugas baru. Sebenarnya tugas lama yang sudah hampir lapan tahun ditinggalkan. Menjadi 'babysitter' Adam Harith, anak saudara yang baru berusia tujuh bulan. Mama Adam (adik saya) ada urusan di luar.

Sebenarnya rasa teruja nak jaga 'baby' memandangkan dah lama tak menguruskan 'baby' bermula sejak semalam lagi. Dalam masa yang sama berdebar sebenarnya, risau 'skill' sudah hilang. 

Tapi nampaknya naluri semula jadi sebagai ibu datang dengan sendirinya. Walau sudah bertahun tidak menguruskan anak kecil tapi bila memegang Adam, saya tahu nak kendalikannya. Alhamdulillah Adam juga mudah diuruskan. Tak banyak ragam, suka bermain dan tersenyum bila perutnya sudah kenyang.

Kalau jenis yang meragam dan menangis sahaja, mahu pengsan juga saya dibuatnya. Tiba-tiba rumah jadi meriah dengan adanya Adam walaupun dia bukan jenis banyak suara. Alya dan Aiman berebutkan Adam sampai mereka berdoa agar saya mengandung lagi, nanti mereka adalah adik kecil untuk bermain. Hehehe...

Bila sudah penat bermain, mata Adam mula layu tanda hendak tidur. Saya jadi gelabah. Biasanya anak kecil ada cara tersendiri untuk ditidurkan. Ada yang perlu berdodoi, berpangku, berdukung, hisap puting, berbuai dan macam-macam cara lagi. Habis Adam cara yang mana satu pula ni?

Saya biarkan sahaja dia berguling di atas tilam. Dia baring sambil memeluk bantal peluk kecil. Tak sampai 10 minit, bila saya toleh, Adam sudah tidur sendiri.

"Wah senangnya tidur," kata saya dalam hati.

                                       Mula-mula peluk bantal je...


                                          Mudahnya Adam tidur

Rupanya menurut adik saya, memang anaknya dibiarkan tidur sendiri di dalam katilnya. Dia tidak pernah menepuk atau membuai Adam. Biarpun Adam merengek untuk tidur, dia biarkan sahaja Adam tidur sendiri. Oleh kerana sudah diajar sejak kecil lagi maka Adam terbiasa cara tersebut membuatkan dia mudah tidur.

Didikan awal anak memainkan peranan penting membentuk dirinya. Dalam soal tidur misalnya, jika sudah didisplinkan sejak kecil cara tidur begitu, maka si anak tidak meragam bila hendak tidur. Begitu juga dengan disiplin masa tidur, ibu bapa yang perlu menetapkan waktu tidur anak-anak.

Jangan nanti apabila si anak sudah pandai berjalan dan menonton tv, kita ikutkan kehendak mereka tidak mahu tidur kerana hendak tengok tv. Nanti kita juga yang merungut anak susah tidur malam. Bukankah kita yang jadi ibu bapa, kenapa kita yang perlu mengikut kehendak mereka?

Semasa anak sulung saya masih bayi, saya disiplinkan masa tidurnya setiap hari pada pukul 9 malam. 
Sehingga kini, mereka mesti masuk tidur mengikut masa yang sudah ditetapkan kecuali pada hari-hari tertentu seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu baru boleh tidur lewat sedikit.

                               Sejak kecil  Alya diajar tidur awal

Dalam soal memdisiplinkan anak, saya cukup respek dengan En.suami. Dia sangat menitikberatkan disiplin dalam mendidik anak-anak. Biasakan anak-anak dengan disiplin yang kita tetapkan sejak mereka kecil lagi.

Setakat hari ini saya tidak pernah ada masalah anak-anak sukar tidur malam. Mungkin kesan daripada didikan awal maka mereka terbiasa tidur mengikut waktu.

Tip ajar anak tidur (sesuai diaplikasikan sejak usia bayi)

1. Tetapkan waktu tidur anak.
2. Tukar pakaian tidur sebagai isyarat sudah sampai masa untuk tidur.
3. Ajak anak gosok gigi sebelum tidur, maka dia akan tahu sudah sampai masa untuk tidur.
4. Tutup lampu.
5. Baca doa tidur atau bercerita (bedtime story) supaya dia 'alert' sudah tiba masa untuk tidur.
6. Ibu dan ayah juga perlu masuk tidur sebab kepimpinan melalui teladan. Bila anak tengok ibu ayah masuk tidur maka mereka juga akan mengikut tanpa ragam.

Wallahu a'lam

Mama ita








1 comment:

  1. apa lagi mama itt..cepat2 le mintak izin en suami untuk kembali preggy..ai ada teman..he2

    ReplyDelete