Posts

Showing posts from October, 2013

Cermin Ajaib Ke Cermin Pecah?

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad "Wah! Cantiknya bulan malam ni!" "Mama, kita kena cakap Subhanallah kalau tengok benda yang Allah cipta tu cantik," beritahu Aiman tulus. Oh, saya jadi termalu alah pula. Ditegur anak yang belum mencecah usia lapan tahun. Tapi apa salahnya kalau yang ditegur tu perkara yang betul. Sebenarnya saya sendiri yang mengajar dia tentang perlunya menyatakan rasa kagum melihat ciptaan Allah SWT dengan ucapan yang betul. Suatu hari, saya berborak dengan Aiman. "Aiman nak kumpul banyak pahala tak"? "Nak..nak.." Bagi kanak-kanak, pahala itu umpama gula-gula. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mereka menginginkannya kerana mahu masuk ke syurga Allah. Syaratnya, kita perlu selalu ceritakan kepada mereka  tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala pada bila-bila masa sahaja. Kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Dari situ nanti mereka akan

Cook With Iman

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Kamera iPad Hidangan makan malam hari ini yang simple tapi tak habis-habis dipuji suami dan anak-anak. Terus bikin mama kembang setaman. Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan hari ini. "Jangan nak ngade sangatlah Ita. Sakit sikit je pun," bisik saya dalam hati. Sakit ni kalau dilayan memang menjadi-jadi nanti.  Anak-anak mengadu kelaparan tetapi baik hati mengaku tidak lapar pula apabila melihat mama kesakitan.  En.suami sudah bergegas keluar kerana urusan bisnes usai solat maghrib. Pesannya supaya saya bawa anak-anak pergi makan di kedai depan rumah tetapi saya pula yang tak lalu. Saya bingkas bangun dari katil sambil meluruskan tangan kanan yang sengal-sengal. "Mama tak pelah. Rehat je, kita orang tak lapar sangat. Kita orang makan biskut je. Kesian mama sakit tangan," kata Alya. Tak sampai hati pula melihat mata mereka yang bulat meme

Sebuah Kisah Seribu Makna

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Sumber Google                Jadilah seperti sepohon pokok yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang berteduh di bawahnya.  Empat hari lamanya saya tidak mampu menyiapkan tugasan demi mengejar 44 entri yang dituntut cikgu online saya. Entah mengapa ada halangan yang mengganggu fikiran sehingga menjejaskan keupayaan untuk berfikir bagi menghasilkan sebuah penulisan. Seorang penulis tidak mampu menghasilkan sebuah kisah yang hebat untuk tatapan pembacanya sekiranya fikirannya sendiri bercelaru. Fikiran bercelaru ditambah pula dengan keadaan tangan kanan yang sakit, gabungan mantap yang menyukarkan keadaan. Saya redha. Sakit itu ujian Allah . Tanda Allah sayang akan kita hambaNYA. Semoga ia menjadi penghapus dosa-dosa kecil saya selama ini.  Apabila sakit kita jadi lebih menghargai diri dan nyawa yang dimiliki. Mulalah menyesal kerana selama ini mengabaikan kesihatan diri, mulalah berazam jika diberi kesemb

Bumi Allah Sangat Luas Wahai Anakku

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Malam tadi saya sibuk 'packing' pakaian untuk 'outstation'. Tapi bukan untuk saya. Untuk anak-anak yang nak pergi bercuti bersama Pak mereka (panggilan anak-anak untuk pak sedara mereka iaitu adik lelaki saya). Ajakan daripada Emi (adik ipar) untuk membawa Alya dan Aiman serta seorang lagi anak saudara ke Kelantan memang tidak dirancang. Memandangkan saya sibuk dengan event Mini Fiesta Pa&Ma maka saya hargai pelawaan tersebut. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka mengikut atuk nenek atau ibu/bapa saudara yang hendak membawa mereka berjalan tanpa ibu bapa di sisi kerana bimbang keselamatan dan sebagainya. Tetapi saya benarkan anak-anak mengikut Pak mereka supaya mereka belajar berdikari apabila berjauhan daripada Mama dan Baba seketika. Kadang kala mereka perlu diberi peluang untuk belajar bertanggungjawab dan berdikari. Sebenarnya saya mula biasakan Alya berjauhan dengan saya

Kempen Satu Hari Doa Satu

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal        Buku doa yang menjadi rebutan Alya dan Aiman sejak kempen dilancarkan Musim persekolahan semakin menuju ke garisan penamat. Anak-anak semakin gelisah untuk menghabiskan hari persekolahan. Mama dan baba juga semakin risau melihat masa mereka banyak dibazirkan dengan menonton tv dan bermain hand phone sahaja. Jika ditanya apa aktiviti di sekolah selepas selesai peperiksaan, jawapannya "main dengan kawan-kawan je." Nak dibiarkan berseronok sahajakah mereka ini sampai ke hujung tahun?  Tahun lepas saya biarkan mereka melepak di rumah. Pastinya tv menjadi sahabat paling akrab mereka. Akibatnya Aiman lupa hafazan surah al-Mulk. Kalau dibiarkan memang anak-anak akan enjoy melayan keseronokan tersebut, jadi sebagai orang tua kita mesti menyediakan aktiviti berguna untuk mereka. Satu malam en.suami memberikan tugasan kepada Alya supaya menghafal doa. Sebenarnya dia sangat 'hangin' dengan anak daranya yang sudah terlupa doa sele

Dulu Lain Sekarang Lain

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal     Tiga generasi - emak, kakak dan anak saudara saya Biasanya kalau bersembang dengan rakan bergelar emak-emak, rata-rata mesti bercerita tentang perangai anak masing-masing.  Kesimpulan yang boleh saya buat sendiri iaitu mencabarnya mendidik anak-anak zaman sekarang. Saya berpendapat sedemikian setelah bertanyakan kepada emak saya tentang cabarannya semasa mendidik saya dan adik-beradik lain. Menurut emak yang memang terkenal dengan kegarangannya (saya merupakan antara anak yang sering menjadi sasaran akibat degil) anak-anak sekarang jauh beza dengan anak-anak dulu. Kalau dulu masa saya kecil-kecil, jangan harap hendak 'menguping' perbualan antara emak dengan kawannya yang bertandang ke rumah. Tetapi anak sekarang selamba sahaja join sekali perbualan. Isyarat mata yang dibesarkan sebagai tanda amaran daripada emak sudah cukup membuatkan kami kecut perut. Lagi menggerunkan bila emak buat isyarat tangannya seolah-olah sedang mencubit

Anak-Anak Perhiasan Dunia

Image
 Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal "Cayang nak shushu ye. Mama uwat ye..." Dialog yang mungkin semua orang biasa dengar dituturkan oleh seorang ibu kepada anak kecilnya. Ia kedengaran manja untuk si kecil yang manis dan sedang merengek. Tetapi hakikatnya tanpa disedari, ia telah mendorong anak kecil menerima ilmu negatif dalam dirinya. Mengapa agaknya orang dewasa gemar bercakap pelat dengan anak-anak kecil? Alasannya ia kedengaran cute dan sesuai untuk si comel yang masih kecil. Memang anak kecil tidak mengerti apa-apa lagi tetapi bukan bermaksud mereka tidak boleh mengikut apa yang diajar. Peliknya apabila anak semakin membesar dan mula bijak bercakap, si ibu ayah hairan pula mengapa anaknya bercakap pelat dan tidak seperti anak teman yang usia sebaya. Ada pula yang risau dan bimbang apabila anak masih tidak boleh bercakap sedangkan anak orang lain sudah boleh menyanyi dan meniru percakapan orang. Lebih malang apabila ada ibu ayah yang berasa lucu dan menganggap t

Jom Ikut Sunnah Nabi

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Allahumma salli ala Muhammad   wa ala ali Muhammad     Muhammad Aiman di samping atuk tersayang. Jadi anak yang cintakan Rasulullah ye nak! Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Berapa kali kita berselawat ke atas Nabi setiap hari? Sudahkah kita memberitahu anak-anak supaya mereka sentiasa berselawat ke atas Nabi? Jom budayakan amalan berselawat ke atas Nabi sejak anak-anak kecil lagi. Saya juga sedang berusaha ke arah itu. Kata ustaz dalam kuliah di masjid, didiklah anak-anak cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w dan cinta kepada seluruh ahli keluarga Nabi serta mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Motivasi Nabi dalam menangani pelbagai permasalahan hidup manusia di dunia ini patut kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad s.a.w seorang yang berlemah lembut dalam perkara yang halal dan bertegas dalam perkara yang haram. Saya sendiri sedang dalam usaha memperbaiki diri agar sebanyak mungkin mengikut su

Aku Berkorban Keranamu Ya Allah

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Foto: Sendiri dan ihsan Kak Mirie Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana hari ni saya berjaya melaksanakan ibadah qurban. Selama hidup hampir 40 tahun, inilah kali pertama saya buat ibadah qurban. Terukkan saya! Saya sedih dengan diri sendiri. Selama ini Allah bagi nikmat rezeki, saya rasa masih  tak cukup untuk buat ibadah qurban. Saya biarkan sambutan Aidil Adha berlalu tanpa makna sebenar dalam diri saya.    Astagfirullahal 'adzim “Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung." Masa hendak buat keputusan untuk join ibadah qurban di ofis pun, saya berperang dengan diri sendiri. Antara hendak buat qurban atau tak payah. Dalam hati berkira-kira dengan duit yang ada konon hendak guna shopping handbag baru. "Tak habis-habs ke nak beli beg baru Hasnita oiiiii," kata hati saya. "Ala tapi dah lama tak shopping designer handbag ," suara hati jahat masih lagi menghasut.  Da

Ceritalah Lagi Mama

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal "Mama kejap lagi temankan Aiman ye." Itu dailog Aiman setiap malam apabila hendak tidur. Disebabkan memegang status anak bongsu, dia masih lagi hendak bermanja dengan saya walaupun usianya sudah hampir lapan tahun setiap kali hendak tidur. Kadang kala bila tengah sibuk membereskan tugas di rumah saya jadi marah dengan kerenahnya. Tapi saya mudah kasihan dan akhirnya menemankan dia tidur juga.                          Aiman yang manja dan lucu Lagi satu permintaannya yang kadang kala boleh bikin hati jadi panas (bila mata saya sangat mengantuk) adalah bercerita. Padahal saya sendiri yang mengajar 'bedtime stories' sejak anak-anak kecil. Konon mengikut budaya barat. Tanpa mengetahui kelebihannya kepada perkembangan si anak. Sejak anak pertama lagi saya suka bercerita dengannya sebelum tidur. Mulalah saya selongkar semua cerita-cerita lagenda dan khayalan yang pernah saya dengar ketika kecil dahulu.  Dulu emak saya juga suka ber

Soal Tidur...Tiada Masalah

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal Foto : Koleksi sendiri Siang tadi saya ada tugas baru. Sebenarnya tugas lama yang sudah hampir lapan tahun ditinggalkan. Menjadi 'babysitter' Adam Harith, anak saudara yang baru berusia tujuh bulan. Mama Adam (adik saya) ada urusan di luar. Sebenarnya rasa teruja nak jaga 'baby' memandangkan dah lama tak menguruskan 'baby' bermula sejak semalam lagi. Dalam masa yang sama berdebar sebenarnya, risau 'skill' sudah hilang.  Tapi nampaknya naluri semula jadi sebagai ibu datang dengan sendirinya. Walau sudah bertahun tidak menguruskan anak kecil tapi bila memegang Adam, saya tahu nak kendalikannya. Alhamdulillah Adam juga mudah diuruskan. Tak banyak ragam, suka bermain dan tersenyum bila perutnya sudah kenyang. Kalau jenis yang meragam dan menangis sahaja, mahu pengsan juga saya dibuatnya. Tiba-tiba rumah jadi meriah dengan adanya Adam walaupun dia bukan jenis banyak suara. Alya dan Aiman bere

Mama Tak Pernah Berhenti Membebel

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal   Solat itu tiang agama wahai anak-anakku. Jangan sesekali kau tinggalkan solat! Ingat pesan mama Jika ditanya apakah cabaran paling sukar sekali menjadi ibu bapa, saya akan menjawab menyuruh anak bersolat. Kenapa bersolat? Sebab solat adalah ibadat utama yang akan dihisab di hari akhirat dan anak-anak kecil sangat sukar bila disuruh bersolat. Solat juga jatuh di tangga kedua dalam ' ranking ' rukun Islam. Bahkan solat juga adalah tiang agama. Jika solat tidak terjaga, runtuhlah umat Islam. Pernah tak anda merasa kecewa apabila anak-anak liat hendak bersolat? Saya sangat kagum dengan mereka yang berjaya mendidik anak-anak mengerjakan solat tanpa disuruh. Bertuahlah mereka mendapat nikmat tersebut. Teringin rasanya hendak tahu rahsia mereka didik anak bersolat tepat pada waktunya. Saya sendiri tidak pernah berhenti membebel apabila tiba waktu solat sehinggakan si Aiman akan kata yang saya suka cakap benda yang s

Penenang Hati Mama

Image
Assalam'mualaikum Teks: Hasnita Sawal Untuk kali keduanya entri yang sudah siap ditaip dan diolah hilang lagi. Oh malang sungguh nasib saya. Sedikit peringatan dari Allah SWT atas kecuaian sendiri. Saya menepis bisikan yang menyuruh saya menyalahkan orang lain.  Bayangkan perasaan saya apabila cerita yang sudah siap ditaip dan hanya tinggal tekan butang 'publish' hilang tanpa sempat di 'save'. Sangat dalam rasa kecewanya. Mungkin bagi orang lain, ia masalah remeh tetapi bagi seorang penulis, ia dugaan berat yang mesti dihadapi. Ketika sedang cuba menaham amarah, dua orang kanak-kanak menghampiri saya dan seperti biasa menanya apa yang tidak kena dengan saya apabila melihat wajah murung si ibu. Biasanya, kalau ikutkan hati yang marah, kita tidak suka orang mengganggu tatkala emosi sedang tidak stabil. Lebih-lebih lagi kalau si anak yang sibuk bertanya. Tapi ada magis yang berlaku pada diri saya.  Saya tidak marah. Saya memberitahu apa yang berlaku kepada Alya dan Aim

Anak Gadis Jambatan Ke Syurga

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com    Wahai anakku, jadilah anak yang menyenangkan hati ibu bapa        Malam semalam, anak saya Alya menyerahkan borang permohonan ke sekolah agama berasrama (Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi) yang diberikan oleh ustazahnya. Semasa mengisi borang tersebut saya bertanyakan Alya, sama ada dia betul-betul berminat untuk masuk ke sekolah tersebut atau tidak. Katanya dia memang berminat tetapi tidak lagi minat bidang Sains. Jadi bagaimana, sedangkan dahulu cita-citanya hendak menjadi seorang Saintis. “Mama, betul ke Cikgu cakap makin kita besar, cita-cita kita semakin berubah-ubah? Dulu masa kecik, Alya ada banyak cita-cita tetapi sekarang ni Alya rasa tak minat semua cita-cita tu.” Oh saya jadi risau. Adakah ini satu lagi simptom peralihan usia anak ke alam remaja?  Sudah tidak punya cita-cita. Sudah keliru dengan apa yang dia perlu jadi bila dewasa nanti. “Bukan ke Alya b