Monday, September 23, 2013

Opsss....Saya Sedia Membantu

Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com

Pejam celik pejam celik sudah enam bulan saya duduk di meja wartawan Web Digital. Saya masih menggalas tugas sebagai penulis tetapi dalam ruang lingkup yang berbeza. Jika dulu masa banyak dihabiskan di luar demi mendapatkan sumber berita dan 'dateline' nya lebih lama tetapi kini semuanya perlu pantas dan cepat.

Jika dulu hasil penulisan dapat ditatap di majalah selepas dua bulan tetapi kini lagi pantas penulisan dihasilkan lagi cepat saya boleh lihat hasilnya. Paling beruntung, ia turut boleh dibaca oleh semua orang di seluruh dunia asal sahaja ada capaian internet.

Tetapi saya rindukan saat keluar assignment, menemubual orang sambil membuat catatan dalam buku nota wartawan. Paling saya suka apabila dapat menghasilkan artikel kisah masyarakat sama ada sedih mahu pun gembira. Lebih menyeronokkan apabila orang yang kita interview memuji hasil penulisan yang sangat berkesan. Terasa berbunga dan kembang hati seketika. Ia cukup bermakna kepada setiap penulis.

Oh rindunya saat manis menggalas tugas itu selama 13 tahun lamanya. Kini masa saya lebih banyak dihabiskan di depan komputer. Rutin seharian saya kini bergelumang dengan sistem polopoly, mencari gambar di imej bank 123 royalty free, memikirkan status apa yang perlu ditulis supaya menerima 'like' dan 'talking' tertinggi di facebook majalah Pa&Ma dan menjawab seribu satu soalan di dalam kota mesej facebook.

Ia pengalaman baru bagi saya. Selain bertanggungjawab sebagai penulis, saya turut meletakkan diri saya sebagai 'customer service' dan 'doktor pakar'. Melayan kerenah dan soalan daripada  fans facebook memang mencabar.

Bayangkan daripada soalan bagaimana hendak menghantar gambar anak untuk menjadi cover majalah sehinggalah soalan bagaimana mengurangkan masalah puting bengkak akibat menyusukan bayi. Itu belum lagi soalan bagaimana hendak mengendalikan kerenah anak-anak yang banyak ragam tanpa perlu memarahi mereka.

Wah, mereka fikir 'admin' ni pakar segala masalah agaknya. Tetapi mengambil sikap profesional dan menjaga nama baik majalah keibubapaan nombor satu Pa&Ma, maka saya cuba sedaya upaya menjawab seribu satu macam soalan daripada 'peminat'.

Selain menggunakan ilmu yang ada selama bertugas sebagai wartawan Pa&Ma, saya juga menggunakan pengalaman bergelar ibu sebagai 
jawapan. Tetapi sekiranya soalan terlalu teknikal dan memerlukan jawapan daripada doktor pakar sebenar, saya akan menasihatkan pembaca tersebut merujuk kepada doktor di klinik berhampiran.

Kadang kala terfikir juga kenapa mereka lebih suka bertanya soalan tentang kesihatan anak atau diri mereka di kotak mesej media sosial berbanding berjumpa terus dengan doktor. Hmmmm?

Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, saya paling ingat sekali dengan soalan yang ditanya hari ini. Pembaca ini meminta tolong untuk mengira tarikh kesuburannya menggunakan kalkulator ovulasi yang ada di dalam website Pa&Ma. Dia memberikan tarikh hari pertama haid terakhirnya dan kitaran haidnya.

Selepas memberikan jawapan, dia bertanya kembali sudah berapa minggukah kehamilannya jika dia mengandung? Saya menjawabnya sekali lagi selepas mengira menggunakan kalkulator tarikh jangkaan bersalin yang juga ada dalam website Pa&Ma.

Kemudian dia seperti tidak percaya yang usia kandungannya sudah sekian minggu mengikut kiraan kalkulator. Saya beranggapan, dia mungkin tidak menjangka sudah hamil. Lucu juga saya, sebab terasa seperti doktor pakar sakit puan pun ada. Dalam hati bersyukur dengan kalkulator pengiraan tersebut. Memang berguna. Tak percaya cubalah.

Pelajaran yang saya dapat hari ini, pengalaman hidup sebenarnya boleh menjadi ilmu paling berguna dan berharga dalam hidup kita. Mungkin kita tidak nampak manfaatnya sehinggalah apabila kita dapat menggunakannya untuk memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.

Hargailah pengalaman kerja yang menjadi milik anda tidak kira apa bidang kerja anda. Mungkin kita menganggap kerja kita biasa-biasa sahaja tetapi bagi orang lain ia sangat hebat. Bukankah kerja kita itu atas izin Allah maka sudah tentu Dia mengaturkan yang terbaik untuk hambaNYA.

Selamat malam, mimpi indah

Mama ita

5 comments:

  1. Tersenyum lebar saya tatkala membaca entri puan yang satu ini. Semuanya pernah saya lalui dan telahpun menjadi sejarah. Anggaplah semua yang kita lakukan itu sebagai sedekah jariah. Ilmu yang ada perlu dikongsi bersama agar bermanfaat. Hehehe...Ta, best tak komen aku ni? Aku rasa ko patut letakkan title Prof Pa&Ma kat semua social media Pa&Ma. Anda tanya, Prof jawab. Baru kelassss....

    ReplyDelete
  2. K.naros...sejarah ko tak kan berulang...aku yg tgh buat sejarah ni haaa hehehe. Hmmm menarik gak title tu ek :D

    Farin: nape sedih? touching ye story aku? so sweet :p

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete