Oh busy yang tak habis-habis

Assalam'mualaikum

Teks: Hasnita Sawal

Baru sempat nak update new entry. Hari ni dimulakan dgn hujan lebat penuh rahmat. Alhmdulillah. Mujur keluar awal pagi jd selamatlah drp terjebak dalam jem yang maha dahsyat.

Elok sampai sekolah anak-anak, hujan mula turun. Saya kerah mereka cepat turun. Kelam kabut Aiman nak stop main game di ipad...haishhh budak sorang ni pantang dalam keta mesti dikerjakan ipad mama.

Sesampai di parking ofis, hujan sudah mencurah dengan lebatnya. Aikkk saya orang pertama sampai. Yahoo dapat favourite parking. Nampak kan kegigihan nak bekerja? Hehe perasan..

Tengah sibuk on pc nk stat keje, telefon berbunyi...en suami call. Ingat nak tanya apa rupanya saje nak bikin panas kita. Ada ke patut dia nak bagitau hujan-hujan lebat camni memang best tidur. Cett....mentang-mentang dia keje sendiri dan flexi working hours. tak pe tak pe...

Sebenarnya nak cerita apa ni? Oh hariku yang sangat busy. Ehh pernah ke tak busy? Saya kan supermama, mestilah busy hehe...

Lepas sibuk update fb, website mcm biasa baru lega sikit. Eh bukan tak kerja tau tp memang kerja saya kena on fb 24 hours. Maklumlah orang digital. Kalau tak namanya tak buat kerja.


Lepas tu bergegas pergi ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kompleks kerajaan sebab ada meeting. Memang berjambang la nak sampai dari Shah Alam ke KL tu dalam cuaca hujan. Tapi gigih juga pergi.


Selesai urusan meeting dah masuk separuh hari. Bergegas balik Shah Alam sebab saya cuti separuh hari. Nak kena ambil anak  dan sempena majlis solat hajat upsr di sekolahnya.


Dah selesai ambil anak zasss pula ke pasaraya, beli keperluan nak memasak pulak. Anak request nak bawak juadah untuk majlis solat hajat. Ikutkan hati memang malas tapi tak pelah niat untuk sedekah.


Sampai rumah dah pukul 3 petang. Bergegas solat zuhur (haishh tak baik lambat solat, bukan sengaja tau). Lepas tu apa lagi, sinsing lengan la bersilat di dapur. Saya kerah anak dara tolong kupas bawang. 


Kelentung...kelentang...kelentung...kelentang siap masak seafood spageti olio...hmmm nampak sedap...hehe puji diri sendiri. Alamak lupalah puasa so tak boleh rasa.


Bersiap macam lipas kudung, pukul 6.20 keluar dari rumah. Alhamdulillah jalan tak jem selamat sampai sekolah Alya. Kami beritingan jalan ke meja pendaftaran. Sekali cikgu kelas Alya cakap macam adik-beradik daaa....Sentap anak dara. Kembang mama :)


Selesai acara dengan pantas saya balik. Sambung pula tugas2 suri rumah. Hambikkk....sebakul pakaian menanti disidai..Kemas itu ini apa yang patut maka tamatlah rutin harianku. 

Nampak tak kesibukannya. Gitulah bila bergelar ibu berkerjaya di bandaraya...hidup kena pantas bergerak. Jadual sudah automatik dalam kepala. Sesaat pun tak kan saya sia-siakan masa yang ada.


Walaupun penat dan lelah tapi saya percaya Allah SWT menyediakan balasan pahala atas segala tugas yang kita buat asalkan kita ikhlas dan lakukan keranaNYA. Jom kita buat pahala :)


Selamat malam. Mimpi indah


Mama ita






Comments

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Zikir Penenang Jiwa, Hadiah Allah Untuk Kita