Saturday, September 7, 2013

Bila anak dara dah pandai masak

Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Foto: Koleksi peribadi

Alhamdulillah hari Jumaat, penghulu hari yang berkat ini diakhiri dengan lancar atas izinNYA. Segala perancangan dapat disempurnakan. Terima kasih Ya Rabb kerana masih memberiku peluang bernafas.

Seperti biasa pada permulaan hari baru, barulah berkesempatan berkongsi coretan seorang supermama. Sekadar hendak berkongsi cerita yang 'simple' tapi penuh makna.

Setibanya di rumah petang semalam, anak dara sunti saya, Alya Izzati bergegas ke dapur sambil memberitahu dia hendak masak pasta. Aikkk terkejut mak! Tiba-tiba je dia rajin. Confuse sekejap tapi sebagai supermama, saya benarkan sahaja dia melakukan tugas itu.

Saya arahkan dia langkah demi langkah hendak memasak pasta sambil dalam kepala otak memikirkan apa bahan yang ada dalam peti sejuk untuk dijadikan bahan utama.

Tiba-tiba Alya sudah bersuara "Mama, Alya potong crab stick ni ye,"? "Oh okey,"  sahut saya. 

Haaa terus resipi pasta 'simple' ciptaan saya muncul di fikiran. Apa lagi sambil saya meneruskan tugas lain iaitu mengangkat kain jemuran, mengemas meja makan yang bersepah dan mengeluarkan pakaian sudah dibasuh daripada mesin basuh (en suami yang basuh), mulut tidak berhenti memberitahu langkah memasak pasta.

Sambil itu tidak lupa juga tugas rutin seorang supermama iaitu membebel. Membebel menyuruh Aiman mandi adalah arahan wajib saya. Kalau boleh macam nak rakam sahaja arahan tersebut agar tak perlu penat mengulangnya banyak kali.

Akhirnya siap pasta hasil air tangan Alya sambil dipantau oleh mama. Boleh tahan juga anak dara ni masak. Nampaknya kena 'polish' lagi bakat ni. Bila anak dara dah pandai masak, mama boleh goyang kaki :)

Lepas la 'dinner' kami sekeluarga malam itu. Saya kongsikan resipinya di sini, mana tahu ia boleh membantu anda dalam waktu terdesak kerana cara masakannya yang mudah hingga boleh dimasak oleh kanak-kanak usia 12 tahun.

Pasta Simple Supermama

Bahan-bahan:

3 cawan pasta, rebus sampai lembut (suka hati bentuk apa pun)
6 batang 'crab stick'
2 sudu butter untuk menumis
1 kiub ayam
Sedikit 'black pepper'
Sedikit hirisan daun sup

Cara membuatnya:

1. Panaskan butter hingga cair.
2. Tumis 'crab stick' hingga separuh masak.
3. Masukkan kiub ayam dan 'black pepper'.
4. Masukkan pasta. Gaul rata hingga sebati.
5. Masukkan daun sup.



Simpel tapi sedap juga












2 comments:

  1. Masukkanlah gambar hasil air tangan Alya tu. baru best :D

    ReplyDelete
  2. Kak Naros, kak ita belum pandai lagi tu... Nanti kita ajar dia..hehehe

    ReplyDelete