Sunday, September 22, 2013

Bila Aiman Share Resipi

Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Foto : Koleksi Peribadi

Pagi Ahad yang indah dimulakan dengan merealisasikan menu diminta anak bujang. Semalam masa membeli barangan dapur di Giant, dia sibuk memberitahu bahan-bahan yang diperlukan untuk masak roti sosej ala piza.

Aiman asyik bercerita pasal bekal makanan yang dibawa oleh kawannya. Menurutnya roti sosej tu tersangatlah sedap. Mama pun rasa teruja nak tahu roti sosej macam mana agaknya. Anak saya siap mintak resipi daripada kawannya. 

Kelakar jugak ye. Tak sangka budak lelaki pun ala-ala kepochi jugak macam budak perempuan. Siap mintak resipi kau. Haa sebab tu semalam dia boleh bagitau apa bahan-bahan untuk buat roti sosej.

Sebenarnya bila mama dengar penerangannya tentang roti sosej tu, terus dapat membayangkan rupanya. Dalam hati berkata "ala kacang je Aiman roti yang kawan kamu bagi resipi tu." Tapi saya pura-puralah rasa kagum dengan resipi roti tu.

Pagi tadi masa saya sibuk nak siapkan roti tu, Aiman sekali lagi berpesan agar memotong nipis-nipis roti tersebut dan jangan bakar lama sangat dalam oven. Mama mengiyakan sajalah pesanan anak bujang. Kononya mama tak tahu la masak roti tu. 

Pelajarannya di sini, hargailah apa sahaja yang diberitahu oleh si anak. Mungkin bagi kita ia perkara remeh dan semudah makan kacang tapi bagi mereka ia satu pelajaran baru. Bayangkan anak seusia lapan tahun boleh berkongsi resipi dengan kawan dan berkongsi pula dengan mama di rumah.

Saya dapat bayangkan betapa tak sabarnya Aiman hendak memberitahu kepada saya tentang resipi roti sosej sedap yang dimakannya. Tentu dia sedaya upaya menghafal bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak roti itu.

Nampak tak ilmu yang anak sekecil Aiman pelajari? Belajar berkongsi makanan, berkongsi resipi, menghafal bahan yang diperlukan serta membeli bahan tersebut di pasaraya (saya biarkan dia pilih sendiri bahan tersebut semasa membeli barangan dapur).

Secara tidak langsung, dia belajar bab menyediakan satu menu masakan. Ia satu kemahiran hidup yang perlu kita ajar kepada anak-anak. Input baru itu pasti memberi nilai tambah kepada kehidupan anak kecil yang dalam proses pembelajaran.

Setiap hari adalah pelajaran bagi mereka. Jangan perkecilkan penemuan baru mereka walaupun bagi kita yang tua ia hanyalah perkara biasa.

Cenggini la resipinya (sonang aje tapi memang sesuai untuk mama-mama bekerja yang sibuk sangat )

Bahan-bahan
Roti
Sosej (hiris nipis)
Sos cili/tomato
Mayonis/Thousand Island 
Cheese (tak suka letak pun tak pe)


Cara membuatnya
Sapu sos dan mayonis/thousand island atas roti, Susun hirisan sosej dan letak cheese di atasnya.Bakar dalam oven kira-kira 10 - 15 minit.



Beginilah bentuk roti sosej resipi Aiman



Aiman lebih suka tanpa cheese



Okey harap mama semua boleh cuba resipi simple ni time busy.

Salam ceria

Mama ita







2 comments:

  1. Aiman, Acik Naros rasakan, kalau roti tu ditaburkan dgn italian herb, baunya akan lebih mengujakan. Tapi, it's a good start. Nnt blh jadi mcm Abg Akmal, masak sendiri makanan yg dia nak. Ringan sikit keje mak. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Kecur cik farin tgk resepi aiman... rindu kt baby...

    ReplyDelete