Thursday, September 19, 2013

Berbahagi tugas itu lebih baik


Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com


Malam semalam badan saya terasa sengal dan sakit belakang mula menjenguk ‘manja’ semula. Letih semacam dibuatnya. Untuk kesekian kali, saya tidur malam seawal jam 10.20 malam. Wow!

Biasanya kalau tak tepat 12 tengah malam tidur memang bukan sayalah. Dah macam Cinderella pun ada. Ada sahaja tugasan yang belum beres.

Pernah tak anda semua mengeluh kerana kepenatan? Haa tipu kalau tak pernah mengeluh. Walaupun kita berusaha sebaiknya untuk sentiasa redha dengan tanggungjawab sebagai ibu tetapi kita juga manusia biasa kan. Kadang-kadang mengomel jugak kan.

Ala mengeluh manja-manja dengan en suami je.  Dengan siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan si dia tersayang. Harap-harap dapatlah simpati kan.

Sebagai ibu berkerjaya yang sangat sibuk (sibuk la sangat) huluran bantuan amat-amat dihargai. Bagi yang ada pembantu rumah, memang bertuah la badan tapi bagi yang tiada…huhuhu diri sendiri lah pembantu rumah.

Saya percaya kepada konsep ‘sharing is caring’. Bukankah kerukunan rumah tangga itu terbina hasil daripada perjanjian sepasang suami isteri untuk saling tolong-menolong dan bekerjsama. 

Berbahagi tugaslah bersama pasangan kita terutama jika kita adalah ibu berkerjaya.

Saya masih ingat pesan mak saya semasa di awal perkahwinan. Katanya kalau suami jenis ringan tulang, biarkan sahaja dia membantu kita. Tetapi kalau suami jenis yang tidak biasa membuat kerja rumah, ajaklah dia bersama-sama menolong.

Dalam kes ini, saya bersyukur  kerana dikurniakan suami yang sangat ringan tulang. Bukannya kami membuat perjanjian secara bertulis tetapi ia terhasil daripada persefahaman dan saling kasihan antara satu sama lain. Oh so sweet… :)

Dulu semasa awal berkahwin, saya sukar percaya dengana kerja orang lain. Disebabkan hal tersebut, saya sanggup berpenat lelah menyiapkan semua tugasan rumah tangga walaupun ditawarkan bantuan oleh en suami.

Kononnya masa tu saya lebih suka buat sendiri tetapi semakin bertambah usia, saya bersikap lebih terbuka untuk menerima bantuan dari luar (dasar buka pintu la konon). 

Misalnya tugas melipat pakaian. Dulu saya memang pantang kalau orang melipat pakaian secara tidak seragam. Memang ‘quality control’ saya sangat tinggi dalam bab melipat pakaian.

Tetapi akhirnya saya tewas apabila kepenatan melebihi keupayaan. Saya terima juga tawaran bantuan daripada en suami. Awalnya saya telan air liur melihat hasil kerja en suami. Tetapi saya cuba belajar terima seadanya usaha beliau. Hmmm….sabar jelah kan.

Jangan lupa puji hasil usaha beliau itu. Bukan senang tau orang lelaki hendak melipat ‘segunung’ pakaian di rumah. Memang tabik spring la kat en suami.

Bak kata pepatah Inggeris, ‘practice make perfect’, sekarang tugas melipat pakaian secara rasmi digalas oleh en suami dengan hebatnya. Haaaa dah kurang bebanan tugas saya di rumah. Syukur sangat tau. 

Bukan tugas melipat pakaian sahaja dia terror. Tugas menyapu sampah, mengemop lantai, mengelap kipas angin, membuang sampah dan banyak lagi adalah kepakarannya.

Pelajarannya di sini ialah, marilah saling tolong-menolong. Janganlah berlagak tidak mahu menerima bantuan orang lain. Belajarlah terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Jodoh kita yang diaturkan oleh ALLAH SWT itu adalah yang terbaik untuk kita.

Salam manja

Mama ita



3 comments:

  1. wow kak ita, bestnya. sumber inspirasi wanita bekerja ni.

    ReplyDelete
  2. Hehehe...I like sangat quote "Sharing is caring". What is yours is mine, what is mine is mine. Hahahaha...
    Pesanan untuk diri sendiri juga, kalau org dah dgn rela menolong, jgn nak ngada-ngada komplen itu dan ini. Cari nahas namanya. Terimalah seadanya walaupun baju yang dilipat tu jika disusun meninggi umpama bangunan dilanda gempa bumi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bukan shj tinggi bangunannya tp tk rata konkritnya...apa pun syukur Alhamdulillah :D

      Delete