Anak exam, mama yang penat

Assalam'mualaikum

Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com
Foto: Koleksi peribadi

Lamanya saya tidak berkongsi cerita. Sebenarnya ada bermacam cerita yang berlaku sejak minggu lepas. Paling istimewa ia secebis cerita kenangan berharga. Kisah pengalaman pertama saya dan anak.

Minggu lepas si dara sunti Alya Izzati menghadapi peperiksaan penting dalam hidupnya, UPSR. Bukan kata anak sahaja yang panik tetapi mama juga tidak kurang paniknya. Tetapi sebagai mama sudah tentu saya perlu menunjukkan sikap yang tenang dan tidak risau.

Sebenarnya saya bukanlah hendak memberi tekanan kepada anak tetapi biasalah kita mestilah nak tengok anak dapat keputusan yang terbaik. Dari peringkat awal lagi saya sudah tekankan kepada Alya supaya berusaha, berusaha, berusaha sebelum mengatakan tidak boleh.

Hari pertama periksa, saya mengambil cuti separuh hari. Seawal pagi tiba di sekolah, kantin sudah penuh. Bukan sahaja oleh murid-murid Tahun Enam yang bakal masuk ke dewan peperiksaan tetapi juga ibu bapa yang turut bercuti memberi sokongan kepada anak-anak. Wah memang meriah. Macam hantar anak masuk darjah satu pula.

Berbakul pesanan dan nasihat akhir saya titipkan kepada Alya sebelum dia beratur untuk masuk ke dewan periksa. Dia cool aje, siap pesan "Mama jangan risau la, Alya ok je." Tiba-tiba terasa sayu pula hati. Eh, dah kenapa mama ni!

Sementara menanti anak-anak 'berperang' dalam dewan periksa, para ibu pula mengadakan solat hajat, solat duha dan bacaan yasin khas untuk anak-anak. Syukur Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah Taala untuk bersama-sama para jemaah surau sekolah sepanjang tiga hari peperiksaan.

Walaupun sepanjang tiga hari, tugas saya lebih banyak menunggu tapi penat tak payah cakap la. Mengalahkan saya pula yang periksa. Belum campur penat menunggu dan menemankan anak study. Saya juga sibuk study dan tengok soalan-soalan tahun lepas. Sampai rasa pening kepala pun ada. Melampau sungguh mama ni!

Banyak info, perkongsian pengalaman dan bermacam cerita dikongsi bersama ibu-ibu lain sepanjang tiga hari menemankan Alya menghadapi peperiksaan. In shaa Allah segalanya akan saya jadikan panduan berguna dalam mendidik anak-anak.

Hasil perkongsian cara mendidik anak masing-masing, saya membuat kesimpulan paling utama sekali dalam mendidik anak-anak adalah asas agama yang kuat.

Saya tidak kisah cara orang lain mendidik anak-anak mereka kerana saya tahu setiap kita punya rancangan masing-masing untuk masa depan anak-anak. Bagi saya dan suami, kami lebih mementingkan pendidikan agama kerana ia penting sebagai perisai kuat permata hati saya menghadapi cabaran hidup yang lebih sukar di masa depan.

Oleh sebab itu biar pun anak-anak lain mungkin sudah merdeka selepas peperiksaan UPSR, tetapi tidak lagi bagi anak saya. Kurang lagi seminggu dia akan menghadapi peperiksaan PSRA (Peperiksaan Sekolah Rendah Agama).

Saya tetap bertegas menyuruh Alya menyambung study semula. Keputusan itu penting untuk menjadi tiket dia melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama aliran agama. 





Perkarangan tapak perhimpunan Sekolah Keb Sek 13 Shah Alam



Alya (kiri) bersama bff nya Suraya sebelum masuk ke dewan peperiksaan


Mama sentiasa doakan agar Alya berjaya menjadi anak yang solehah dan mengutamakan Allah SWT dalam apa jua urusan.

Salam sayang

Mama ita



Comments

  1. nasib baik alya tak pengsan bila mama suruh tengok soalan yang konon2 bocor. hehe.. apapun tahniahlah kak ita memang supermama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Susu Ibu Di Petang Hari

Betul Ke Kajian Kata Makan Pedas Boleh Kuruskan Badan?

Kerisauan Seorang Ibu