Posts

Showing posts from September, 2013

Semua Anak Berhak Berjaya

Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Masa berbaki lagi satu jam sebelum detik 12 malam. Maksudnya saya perlu menyiapkan tugasan kelas online ini dalam masa satu jam dari saat saya mengetuk papan kekunci komputer riba ini. Saya meletakkan sasaran untuk tidur pada jam 12 tengah malam di hari bekerja. Saya perlu bertenaga untuk bangun awal bagi melunaskan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Sambil menikmati secawan minuman coklat panas, fikiran menerawang memikirkan apa entri yang hendak dikongsi untuk malam ini. Maklumlah saya perlu mengejar sasaran 44 entri yang diminta oleh guru online. Dalam pada berfikir sempat juga menziarah ke blog sahabat lama saya Acik Naros . Sudah beberapa hari tidak menjenguknya. Rasa rindu hendak membaca catatan Acik Naros yang sentiasa kreatif itu. Tajuk entrinya 'Celikkan mata dan bukalah minda' benar-benar terkesan di hati. Saya terus mengaitkannya dengan status seorang rakan facebook semalam. Rakan saya

Bagaikan Lipas Kudung

Image
Bunyi alarm telefon bimbit En. Suami terdengar mendayu-dayu sekali. Irama ketukan piano lagu A Thousand Years dendangan  Christina Perri memang sedap dinikmati. Mata yang terpejam seolah-olah terus rasa terbuai dengan alunan muzik tersebut apatah lagi dalam cuaca dingin selepas hujan turun dengan lebatnya lewat malam semalam. “ Astagfirullahal ‘adzim ,” saya beristigfar. Sudahlah telinga dibiarkan mendengar alunan muzik barat, sempat pula dalam hati turut menyanyi irama lagu tersebut.   Sepatutnya ucapan Alhamdulillah yang patut saya ucapkan kerana DIA mengembalikan saya semula dalam kehidupan selepas dimatikan saya seketika.   “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.” Oh hari ini sudah hari Isnin. Bermula kembali rutin biasa seorang ibu berkerjaya. Kesibukan mengejar masa bermula seawal pagi sehingga malam adalah rutin biasa ibu berkerjaya. Membina kerjaya di bandaraya memerlukan ibu bertindak pantas dalam semua h

Didik Anak Cinta Al-Quran

Image
Assalam'mualaikum Teks :  Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Saya memang mengidam anak-anak bergelar Tahfiz dan Tahfizah satu hari nanti. Entah kenapa hati terpaut melihat kejernihan wajah anak-anak penghafal Al-Quran. Apatah lagi apabila mengetahui ganjaran yang bakal dinikmati. Maka saya selalu bercerita dengan anak-anak, Alya Izzati dan Muhammad Aiman tentang kelebihan bergelar penghafal Al-Quran. Harapan saya agar sedikit sebanyak dapat menanam minat belajar ilmu Al-Quran dalam jiwa anak-anak seterusnya mengamalkan ia dalam kehidupan. Anak-anak kecil memang sangat bersih hatinya. Apa yang dilihat akan menjadi contoh ikutannya. Pada usia enam tahun ke bawah minda mereka ibarat sebuah span yang basah. Semakin banyak nilai murni diserap masuk semakin positiflah perkembangan diri mereka. Oleh itu pentingnya setiap ibu bapa mengetahui ilmu merangsang perkembangan anak-anak agar mereka membesar cerdas dan bijak. Bermula saat itu saya memasang niat dan memohon dengan

Semua Atas Izin DariNYA

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Syukur Alhamdulillah. Semuanya dengan izin dariNya. DIA yang melorongkan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Saat detik mencatat entri ini saya masih teruja kerana akhirnya cita-cita untuk menyertai pasukan pengasas kelas asas penulisan dan blog Masayu Ahmad dan guru online baru NettyAh Hiyer dipermudahkan. Amin... Kerja menulis sudah menjadi darah daging saya sejak 14 tahun yang lalu. Bermacam ilmu dan pengalaman menjadi sebahagian daripada diri saya. Tidak pernah terfikir hendak berkongsinya dengan orang lain. Tapi semuanya berubah apabila mendengar nasihat cikgu Ayu dan tentunya apabila pintu hati dibuka oleh Sang Pencipta. Katanya rugi kemahiran menulis kita tidak digunakan dengan sebaiknya. Jika kena gaya, catatan harian juga boleh nampak menarik dan pastinya ilmu yang dikongsi akan mendapat pahala berpanjangan selagi mana ia terus dikongsi. In shaa ALLAH. Tiada lagi alasan

Demam Kacang Cerdik Melanda

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto : Koleksi Peribadi  Saya dan kawan-kawan seopis punya ‘port’ makan yang sangat meriah. Biasanya meja mak buyong Wani (wartawan cantik majalah Keluarga ) yang menjadi mangsa. Entah kenapa meja dia yang paling syok sekali untuk lepak makan. Mujur Wani tak kisah mejanya dijadikan meja makan. Hehehe tima kasih Wani. Bertambah meriah apabila anggota geng makan ini majoritinya di kalangan mak buyong. Jadi sudah pasti selera makan mereka yang ‘luar biasa’ dibandingkan dengan orang lain memeriahkan lagi acara. Antara makanan popular yang sering dikudap oleh mak-mak buyong ini termasuklah mereka yang tak membuyong sebab terikut-ikut adalah kacang cerdik. Menurut mereka waktu mengandung elok makan kacang cerdik, nanti boleh dapat anak cerdik. Ok siapa tak nak anak yang cerdik kan. Betul tak? Saya setuju sebab pernah menemubual (masa buat artikel tentang Rangsangan Otak Untuk Bayi dalam  Pa&Ma dulu) pakar pe

Opsss....Saya Sedia Membantu

Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Pejam celik pejam celik sudah enam bulan saya duduk di meja wartawan Web Digital. Saya masih menggalas tugas sebagai penulis tetapi dalam ruang lingkup yang berbeza. Jika dulu masa banyak dihabiskan di luar demi mendapatkan sumber berita dan 'dateline' nya lebih lama tetapi kini semuanya perlu pantas dan cepat. Jika dulu hasil penulisan dapat ditatap di majalah selepas dua bulan tetapi kini lagi pantas penulisan dihasilkan lagi cepat saya boleh lihat hasilnya. Paling beruntung, ia turut boleh dibaca oleh semua orang di seluruh dunia asal sahaja ada capaian internet. Tetapi saya rindukan saat keluar assignment, menemubual orang sambil membuat catatan dalam buku nota wartawan. Paling saya suka apabila dapat menghasilkan artikel kisah masyarakat sama ada sedih mahu pun gembira. Lebih menyeronokkan apabila orang yang kita interview memuji hasil penulisan yang sangat berkesan. Terasa berbunga dan kembang h

Bila Aiman Share Resipi

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto : Koleksi Peribadi Pagi Ahad yang indah dimulakan dengan merealisasikan menu diminta anak bujang. Semalam masa membeli barangan dapur di Giant, dia sibuk memberitahu bahan-bahan yang diperlukan untuk masak roti sosej ala piza. Aiman asyik bercerita pasal bekal makanan yang dibawa oleh kawannya. Menurutnya roti sosej tu tersangatlah sedap. Mama pun rasa teruja nak tahu roti sosej macam mana agaknya. Anak saya siap mintak resipi daripada kawannya.  Kelakar jugak ye. Tak sangka budak lelaki pun ala-ala kepochi jugak macam budak perempuan. Siap mintak resipi kau. Haa sebab tu semalam dia boleh bagitau apa bahan-bahan untuk buat roti sosej. Sebenarnya bila mama dengar penerangannya tentang roti sosej tu, terus dapat membayangkan rupanya. Dalam hati berkata "ala kacang je Aiman roti yang kawan kamu bagi resipi tu." Tapi saya pura-puralah rasa kagum dengan resipi roti tu. Pagi tadi masa s

Terlambat? Eh tak lah...

Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Hari ni saya rasa kelakar campur kagum dengan kawan-kawan opis. Nak kata pertama kali belajar menulis memang tidaklah sebab masing-masing berbelas tahun pengalaman kerja sebagai wartawan majalah. Entah apa yang datang menyerang, tiba-tiba semuanya ghairah nak buat blog sendiri. Agaknya kalau blogger-blogger terkenal tengok gelagat kami mau dia gelak guling-guling gamaknya. Hehehe...lepas tu mesti dia cakap "Orang dah jana pendapatan belas ribu daripada blog, korang baru terkedek-kedek nak buat blog...apakah?" Siapa kata kami terlambat? Bak kata pepatah omputih "Better late than nothing."  Jadi, tak de salahnya saya dan kawan-kawan lambat punya blog sendiri. Yang penting semangat kami untuk berblog tu. Harapnya saya dan kawan-kawan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam lah.  Apapun beribu-ribu tania kepada geng gojes saya,  mama reen  yang akhirnya berjaya membuat blognya yang memang vo

Berbahagi tugas itu lebih baik

Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Malam semalam badan saya terasa sengal dan sakit belakang mula menjenguk ‘manja’ semula. Letih semacam dibuatnya. Untuk kesekian kali, saya tidur malam seawal jam 10.20 malam. Wow! Biasanya kalau tak tepat 12 tengah malam tidur memang bukan sayalah. Dah macam Cinderella pun ada. Ada sahaja tugasan yang belum beres. Pernah tak anda semua mengeluh kerana kepenatan? Haa tipu kalau tak pernah mengeluh. Walaupun kita berusaha sebaiknya untuk sentiasa redha dengan tanggungjawab sebagai ibu tetapi kita juga manusia biasa kan. Kadang-kadang mengomel jugak kan. Ala mengeluh manja-manja dengan en suami je.  Dengan siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan si dia tersayang. Harap-harap dapatlah simpati kan. Sebagai ibu berkerjaya yang sangat sibuk (sibuk la sangat) huluran bantuan amat-amat dihargai. Bagi yang ada pembantu rumah, memang bertuah la badan tapi bagi yang tiada…huhuhu diri sendiri lah pembantu

Anak exam, mama yang penat

Image
Assalam'mualaikum Teks : Hasnita Sawal - nitasawal@gmail.com Foto: Koleksi peribadi Lamanya saya tidak berkongsi cerita. Sebenarnya ada bermacam cerita yang berlaku sejak minggu lepas. Paling istimewa ia secebis cerita kenangan berharga. Kisah pengalaman pertama saya dan anak. Minggu lepas si dara sunti Alya Izzati menghadapi peperiksaan penting dalam hidupnya, UPSR. Bukan kata anak sahaja yang panik tetapi mama juga tidak kurang paniknya. Tetapi sebagai mama sudah tentu saya perlu menunjukkan sikap yang tenang dan tidak risau. Sebenarnya saya bukanlah hendak memberi tekanan kepada anak tetapi biasalah kita mestilah nak tengok anak dapat keputusan yang terbaik. Dari peringkat awal lagi saya sudah tekankan kepada Alya supaya berusaha, berusaha, berusaha sebelum mengatakan tidak boleh. Hari pertama periksa, saya mengambil cuti separuh hari. Seawal pagi tiba di sekolah, kantin sudah penuh. Bukan sahaja oleh murid-murid Tahun Enam yang bakal masuk ke dewan peperiksaan